November 24, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

SAIXSE: Penyanyi, Rapper dan Penulis Lirik ‘Malampagi’, Terus Berkembang Dalam Industri Muzik Malaysia

Spread the love

SAIXSE, bakat luar biasa yang hanya berumur 21 tahun, sudah pun memantapkan dirinya sebagai artis yang semakin hangat dalam industri muzik Malaysia. Penyanyi, rapper, dan penulis lagu itu memulakan perjalanan muziknya ketika dia baru berusia 14 tahun. Didorong oleh semangat yang tidak berbelah bahagi untuk muzik, dia mula menulis liriknya sendiri dan melancarkan kerjaya muziknya di Soundcloud – dengan lebih setengah juta aliran di platform penstriman itu setakat ini.

Artis serba boleh itu terus berkembang maju dalam perjalanan muziknya melalui persembahan langsung yang penuh bertenaga. Ini mendorongnya untuk mengeluarkan albumnya sendiri, ‘XSE’ pada tahun 2021. Album yang dinanti-nantikan itu mendapat pujian online dan telah merekodkan lebih 450,000 aliran merentasi semua platform penstriman utama.

Baru-baru ini, SAIXSE telah mengeluarkan beberapa single baharu, termasuk ‘Tak Percaya’ bersama rapper, Kidd Santhe, ‘Love Me’ dan ‘Malampagi’ awal tahun ini. ‘Malampagi’ menjadi sensasi popular dan mula trending di TikTok, dan turut melonjak ke atas carta Global dan Tempatan platform itu untuk Jun 2023. ‘Malampagi’ juga mengambil tempat nombor satu di carta harian Spotify Malaysia, sejurus selepas debutnya dengan kiraan penstriman tertinggi, dengan 130,000 aliran harian di platform itu. Pada bulan yang sama, ‘Malampagi’ juga telah muncul sebagai salah satu daripada tiga lagu teratas carta Industri Rakaman Malaysia (RIM).

SAIXSE baru-baru ini melancarkan remix ‘Malampagi’, yang menampilkan MK daripada K-Clique. Dia menerangkan bagaimana lagu hit itu ditafsirkan secara berbeza bagi mereka yang sedang healing dan mencari ketenangan daripada masalah masing-masing. Lirik MK terutamanya, menggalakkan pendekatan positif, dengan menghubungkan semula dan membawa kita lebih dekat kepada Yang Maha Esa.

Dalam hanya 24 jam selepas debutnya di YouTube, video muzik remix ‘Malampagi’, yang turut menampilkan kemunculan beberapa personaliti Malaysia seperti Amir Ahnaff, Fadhli Masoot dan Sky Iskandar, telah mendapat hampir 200,000 tontonan, mempamerkan popularitinya antara peminat muzik tanah air. Video itu diarahkan oleh pelakon dan bakat popular tempatan, Nadhir Nasar dan dibantu oleh Azahari Ali, Afeeq Adzly, dan TM Faris.

Didorong oleh keinginannya untuk berkongsi fikiran dan minat muziknya dengan pendengarnya, SAIXSE percaya bahawa muzik mempunyai kuasa yang tidak dapat dinafikan untuk meluahkan emosi yang tidak terucap. Dia bercita-cita untuk berhubung dengan lebih ramai orang, dengan harapan mereka dapat mengaitkan makna dan cerita disebalik lirik dan lagunya.

SAIXSE kini dibawah pengurusan SVL TAN Management dan sedang bekerjasama bersama Kidd Santhe untuk album seterusnya. Jelas sekali SAIXSE baru sahaja bermula dan akan terus berkembang lagi dalam industri muzik Malaysia.

TikTok: https://www.tiktok.com/@saixxse

Instagram: https://www.instagram.com/saixse

Twitter: https://twitter.com/ssaixse


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page