September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

“Runut Bunyi” Himpunkan Pelbagai Genre Muzik

1 min read
Spread the love

Sebuah album kompilasi yang menghimpunkan pelbagai genre muzik di bawah jenama “Runut Bunyi”.  Karya yang mengetengahkan lagu-lagu yang cukup mesra dengan halwa telinga anda selaku pendengar.

Kompilasi yang menghimpunkan 12 buah kumpulan antaranya adalah Aisunam, Kugiran D’tepi Pantai, Les Skinchan, The Voltage, Crossover, Kiiyas, Duta, Senna, Korokkodel, Rockerbelly, Lemon T dan Sons Of Adam.

Istimewanya setiap kumpulan hadir dengan lagu yang baru, meskipun banyak di kalangan kumpulan terbabit sudah dikenali ramai namanya. Inisiatif Rock Entertainment selaku penerbit yang bertanggungjawab mengerah setiap kumpulan untuk memberikan komitmen yang jitu.

“Runut Bunyi” juga adalah bukti kerja keras setiap kumpulan dalam menjayakan agenda demi minat yang mendalam terhadap muzik yang mereka anuti.  Segala kos bermula daripada rakaman, penerbitan dan percetakkan CD adalah hasil kewangan mereka sendiri.

Mungkin ramai yang beranggapan bahawa rilisan fizikal tidak lagi relevan ketika ini, namun bagi ‘collector’ album sebegini umpama hadiah yang paling bermakna buat mereka.  Usaha yang harus diberikan pujian demi memastikan bahawa muzik itu perlu diterjemahkan dalam perbagai medium dan platform.

Peminat yang ingin mendapatkan album kompilasi ini boleh menghubungi mana-mana kumpulan yang terbabit dalam album “Runut Bunyi” ini .


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page