March 1, 2026

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Rumah Lauk ‘Gelombangkan’ Cita Rasa Malaysia – Kuala Lumpur, Jakarta & London

Spread the love

Rusa Golek Tarik Perhatian, Iftar Rumah Lauk Bawah RM100 Jadi Rebutan

Dalam lambakan promosi bufet Ramadan saban tahun, kemunculan Rumah Lauk benar-benar mencuri tumpuan apabila berani tampil dengan kelainan yang jarang dilihat – rusa golek sebagai sajian wajib setiap hari!

Apa yang bermula sebagai pengalaman bufet Ramadan berteraskan masakan warisan Melayu kini berkembang menjadi jenama restoran yang bersedia ‘menggegarkan’ peta kulinari tempatan dan antarabangsa.

Rumah Lauk mengumumkan pembukaan tiga lokasi utama iaitu di Kuala Lumpur, Jakarta dan London sebagai strategi pengembangan global mereka.

Langkah berani itu menyaksikan lauk-pauk tradisional Malaysia diangkat sebagai hidangan premium, membawa cita rasa kampung ke pentas dunia.

Menjelang penghujung April ini, restoran tetap pertama Rumah Lauk bakal dibuka di Kuala Lumpur dengan konsep santapan sepanjang hari – bukan sekadar musiman Ramadan.

Antara menu yang dijangka menjadi tarikan ialah rendang berempah pekat, lemang durian, ketupat palas, sata ikan dan ayam serta sajian istimewa mereka yang pernah mencetus fenomena – rusa golek panggang rempah tradisional.

“Sambutan yang kami terima amat luar biasa. Kami yakin Rumah Lauk mampu mencipta pengalaman makan yang berbeza dan memperkenalkan masakan kampung dalam suasana moden,” ujar Chef Azmi.

Restoran ini menyasarkan pelanggan tempatan serta pelancong yang mahu menikmati nostalgia masakan Melayu dalam suasana lebih selesa dan kontemporari.

Pembukaan di Jakarta dilihat sebagai langkah strategik menembusi pasaran serantau yang kaya dengan budaya makanan. Pendekatan itu bukan sekadar membawa masakan Malaysia ke Indonesia, malah membuka ruang pertemuan dua budaya kulinari serumpun.

Lebih membanggakan, Rumah Lauk turut merancang membuka cawangan di London, satu pencapaian besar yang bakal memperkenalkan warisan masakan Melayu ke pasaran Eropah yang kompetitif.

Dengan lebih 100 pilihan lauk tradisional, setiap lokasi akan mengekalkan identiti Rumah Lauk – sajian sarat rasa, resipi turun-temurun serta penggunaan bahan berkualiti tinggi.

Sementara itu, Iftar Rumah Lauk anjuran Marvelous Mama Sdn Bhd yang berlangsung di Nafoura Hall terus menjadi bualan ramai.

Dengan lebih 150 variasi hidangan tradisional setiap hari dan harga di bawah RM100 seorang, ia antara bufet Ramadan paling berbaloi di sekitar Lembah Klang.

Sebagai kejutan pembukaan, 200 pelanggan terawal menikmati juadah berbuka secara percuma – tawaran yang pastinya membuatkan ramai sanggup beratur awal.

Jika kebanyakan bufet mempertaruhkan kambing golek, Rumah Lauk tampil berbeza dengan rusa golek diperap rempah tradisional sebelum dipanggang sempurna sehingga lembut dan berjus.

Suasana berbuka turut dimeriahkan dengan persembahan buskers secara langsung setiap hari serta kehadiran selebriti jemputan pada hujung minggu. Kemudahan surau untuk solat Maghrib, Isyak dan Terawih turut disediakan bagi memastikan keselesaan pengunjung.

Lebih menarik, cabutan bertuah berhadiah wang tunai dan emas menanti pelanggan bertuah pada 17 Mac 2026.

Di sebalik penganjuran iftar ini, Marvelous Mama Sdn Bhd bukan nama asing dalam industri makanan sejuk beku tradisional Malaysia apabila produknya sudah menembusi pasaran Dubai dan London sebelum ini.

Dengan konsep berani, harga mesra poket dan sajian luar biasa, Rumah Lauk dilihat sebagai destinasi iftar wajib cuba tahun ini, sebelum jenama ini terus melebarkan sayap ke Jakarta dan London dalam masa terdekat. Bagi tempahan korporat atau pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Mohd Aqil di talian 013-277 7922 atau 013-277 7244


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page