September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Ruffedge ‘Belanja’ Peminat

2 min read
Spread the love

Oleh :  Aliah Ali Musa

Peminat irama R&B dan Hip Hop khususnya genre yang di tunjangi oleh Ruffedge pastinya menarik nafas lega apabila kumpulan itu ‘belanja’ sejam lagi persembahan mereka bersempena “Ruffera That Moment In Time Live In Concert’ yang telah berlangsung di Mega Star Arena, pada 19 Ogos lalu.

Konsert yang di anjurkan oleh Yolo Malaysia telah menghimpunkan lebih 4,500 peminat setia mereka sudah berada di lokasi persembahan seawal jam 5 petang lagi, ianya sekali gus membuktikan bahawa mereka terus relevan meskipun masa teah pun berlalu.

Sejarah dan nostalgia disatukan bersama alunan vokal berharmoni Ruffedge dalam konsert yang berdurasi 2 jam setengah termasuk ‘perbelanjaan’ Ruffedge buat peminat setia yang selama ini menyokong karier seni mereka.

Ruffedge yang diasaskan pada 1998, ‘menggegar’ lokasi dengan rangkaian lagu-lagu popular mereka, meskipun tidak selincah dahulu namun energi Cat Farish, Azan, Mode, Sein dan Zain sentiasa menjadi perhatian dan tarikan.

Sein  selaku wakil Ruffedge turut berterima kasih dan mengakui tidak sangka dan amat terharu melihat sambutan dan sokongan peminat.

“Terima kasih kepada semua yang datang. Kami sebenarnya berbelah bahagi sama ada hendak teruskan konsert tahun ini atau tidak, memandagkan terlalu banyak festival dan konsert dianjurkan tahun ini. Namun, melihat sambutan diberi, kami hanya mampu memanjatkan kesyukuran atas rezeki yang ditentukan Allah ini”, ujar Sein.

“Kami tidak akan berhenti di sini. Insya-Allah, tahun depan ada sesuatu yang istimewa sedang kami susun buat anda semua, terima kasih sekali lagi”, tambahnya.

Ruffedge mendendangkan lebih 20 lagu. Selain Khayalan dan Bila Rindu, mereka turut menyanyikan lagu Tipah Tertipu, Da Bomb, Tiada Lagi Cinta, Hari Ini Dalam Sejarah, Belenggu, Matinya Sebahagian Jiwa, Belenggu, Ayu dan banyak lagi.

Malah, setiap anggota kumpulan itu menyanyikan lagu solo rentetan kejayaan pada Konsert Ruffera di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) di sini, tahun lalu.

Fanatika Ruffedge tidak berganjak daripada pentas sehingga memaksa mereka menyampaikan dua lagu ‘killer’ iaitu Khayalan dan Bila Rindu. Terbukti faktor usia tidak menghalang kepada kumpulan itu untuk memberikan aura kepada peminat.

Selain Ruffedge kumpulan itu turut mengundang beberapa penyanyi lain antaranya DJ Uno, Distorted, Jboy, Zeppo dan tidak ketinggalan, Lah Ahmad.  Persembahan Ruffedge dipimpin oleh Datuk Acis yang bertindak selaku Pengarah Muzik.

Untuk info Konsert Ruffera That Moment In Time ini adalah kesinambungan kejayaan Ruffedge berjaya menawan hati peminat di Singapura yang telah menampilkan DJ Uno, 24 Jun lalu.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page