February 25, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Ruang Rama:  Di Sini Kenangan Dicipta, Kebersamaan Dirayakan

Spread the love

Sebulan Penuh Keindahan Ramadan Bersama Rabbani & Santapan Tradisional

Petaling Jaya kini mempunyai sebuah lokasi acara baharu yang menjanjikan pengalaman yang lebih daripada sekadar ruang. Ia adalah Ruang Rama. Dengan penuh kemeriahan dan semangat kebersamaan, Ruang Rama membuka tirainya pada 12 Februari 2025 dengan sebuah majlis pelancaran yang mempertemukan seni, budaya, dan kulinari dalam satu pengalaman yang mengasyikkan. Bufet Iftar yang dianjurkan bukan sahaja menjadi perayaan makanan, tetapi juga satu simbolik kepada permulaan yang menjanjikan bagi destinasi acara serba lengkap ini.

Menampilkan sajian yang menggamit nostalgia, Bufet Iftar Ruang Rama menyajikan hidangan tradisional serantau yang penuh dengan rasa autentik. Dari lauk-pauk Melayu klasik hingga pencuci mulut tradisional yang menggiurkan, para tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah yang membangkitkan selera. Namun, bukan sekadar makanan yang menjadi tarikan—malam tersebut turut dihidupkan dengan alunan nasyid yang memukau daripada kumpulan legenda, Rabbani, yang akan membuat persembahan eksklusif sepanjang bulan Ramadan ini.

Menurut Azadan bin Abd Aziz, pengurus dan anggota Rabbani, “Bulan Ramadan adalah waktu untuk bersatu dan berkongsi keberkatan. Kami sangat teruja untuk menghiburkan para tetamu di Ruang Rama dan mencipta kenangan bermakna bersama mereka.”

Menambah lagi keunikan malam itu, penyanyi legenda tanah air, Dato’ Aishah, turut menyampaikan persembahan penuh emosi yang memukau hati hadirin. Tidak cukup dengan itu, alunan muzik gamelan menghidupkan suasana dengan sentuhan klasik yang membawa tetamu dalam perjalanan nostalgia ke zaman kegemilangan seni warisan.

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran bintang-bintang industri muzik seperti Dato’ Amy Search, Dato’ Acis, serta anggota kumpulan Popshuvit dan Bunkface, yang turut bersama lebih 400 tetamu menikmati pengalaman iftar yang tidak dapat dilupakan.

Sebagai kejutan istimewa, Ruang Rama mengumumkan cabutan bertuah eksklusif sepanjang Ramadan ini dengan hadiah lumayan yang ditaja oleh Mahabbah, agensi pelancongan terkemuka untuk perjalanan ibadah. Pengunjung yang menghadiri Bufet Iftar dari 4 hingga 26 Mac 2025 berpeluang memenangi hadiah utama berupa pakej Umrah percuma serta percutian mewah di atas kapal Star Cruise—membuatkan setiap suapan iftar lebih bermakna.

Dengan kombinasi hidangan penuh selera, hiburan yang menyentuh jiwa, serta layanan mesra dalam suasana mewah, Ruang Rama bukan sekadar lokasi acara biasa. Direka dengan teliti di lokasi strategik di Klang Valley, Ruang Rama bersedia menjadi pilihan utama untuk majlis perkahwinan, perayaan, acara korporat, dan gaya hidup. Tawaran eksklusif turut disediakan dengan pakej promosi serendah RM12,999+, termasuk sistem AV, dekorasi klasik, meja dan kerusi, serta pelbagai kemudahan premium bagi menjadikan setiap acara lebih istimewa.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Bufet Iftar atau perkhidmatan Ruang Rama, sila hubungi +6012-230 5783.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page