December 24, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

ROCKQUEEN: Definisi Gaya Sopan. Berani Ekspresi Diri 

Spread the love

ROCKQUEEN, sebuah jenama gaya hidup  yang diasaskan oleh Ratu Rock Malaysia, Ella, dalam usaha beliau merevolusi dunia  fesyen. Ditubuhkan pada tahun 2021, ROCKQUEEN beraspirasi dalam memberikan keseimbangan antara fesyen berani yang penuh gaya fesyen sederhana tampak elegan,  direka untuk memperkasa wanita agar dapat menerima keunikan diri mereka dengan  penuh yakin. 

Dikenali dengan fesyen elegan dan kerjaya muzik yang mencetus revolusi, visi Ella untuk  ROCKQUEEN lahir daripada keinginan untuk memberi inspirasi kepada perubahan  positif, dan budaya ekspresi diri. Jenama ini diinspirasikan oleh gaya urban dengan  sentuhan kesederhanaan, direka untuk keselesaan dalam pergerakan. Setiap rekaan  menggabung elemen elegan minimalis dengan perincian berani, meraikan keunikan  individu sambil tetap berpegang pada nilai tatasusila. 

“ROCKQUEEN bukan sekadar jenama—ia adalah satu pernyataan, Ia  tentang memperkasakan wanita untuk merasa yakin, kuat, dan menjadi diri mereka tanpa  rasa ragu. Kami menjenamakan semula maksud kesopanan tanpa mengabaikan gaya.” Ujar Ella.

Daripada pakaian serbaguna yang boleh digayakan untuk apa-apa majlis hingga  keperluan harian yang santai dan bergaya, koleksi pakaian ROCKQUEEN menjanjikan  untuk memenuhi keperluan wanita yang ingin mengekspresi keperibadian mereka sambil mengekalkan elemen keanggunan dan keselesaan. Direka selari seimbang untuk pergerakan dan fleksibiliti, rekaan ROCKQUEEN sangat sesuai untuk wanita moden  yang mengimbangi pelbagai peranan dalam kehidupan. 

Misi ROCKQUEEN melangkaui fesyen. Ia bertujuan untuk mencipta komuniti wanita yang  berdaya maju, saling menyokong, dan menjadi teladan. Jenama ini bercita-cita menjadi  simbol perpaduan, positif, dan kekuatan dalam kepelbagaian citarasa.

Acara pelancaran rasmi ROCKQUEEN akan diadakan pada 21 Disember 2024 di  Program Muslimah Fest 2024, di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), menampilkan  pertunjukan fesyen koleksi sulung ROCKQUEEN diserikan dengan persembahan  nyanyian oleh Ella.  


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page