November 24, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Rizky Febian Teruja Dapat Kembali Ke Malaysia

Spread the love

Penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian merasa cukup teruja apabila dapat kembali ke Malaysia untuk konsert bersempena kelahiran album terbarunya yang berjudul ‘Berona’.

Konsert “An Album Live Concert Berona Day” yang dianjurkan oleh Hitman Solution itu bakal berlangsung di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 3 November depan.

Ini adalah kali kedua  Rizky mengadakan konsert di Malaysia selepas Julai lalu di Zepp Kuala Lumpur, bezanya kali ini ianya diadakan di lokasi yang lebih besar dengan kapasiti 5,000 penonton.

Rizky turut menjelaskan kenapa dia suka membuat persembahan di Malaysia, ianya adalah kerana penerimaan peminat yang sangat menghargai setiap karya yang dihasilkan.

“Saya merasa dihargai dari setiap karya saya. Ketika saya berusaha menyampaikan lagu-lagu, peminat di sini tidak begitu sulit, boleh mendengar lagu-lagu saya”, ujar Rizky sewaktu ditemui media di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur baru-baru ini.

Rizky turut memaklumkan bahawa konsertnya yang bakal berlangsung selama lebih dari dua jam itu bakal menampilkan 15 buah lagu serta cara nyanyian yang sedikit berbeza dan dewasa.

“Dari segi susunan muzik pula, saya sendiri yang akan menentukannya dengan ‘warna baharu yang lebih sesuai dengan usia saya yang semakin matang yang dilatari pemuzik profesional yang diterbangkan dari Indonesia”, katanya.

 “Saya baru sahaja melancarkan album kedua berjudul Berona pada 21 Julai lalu. Album ini mengandungi 10 lagu baharu hasil kolaborasi tiga pemuzik Indonesia iaitu Gangga, Teddy Adhitya dan Basboi.

“Tujuan utama konsert ini diadakan untuk memperkenalkan, mempromosikan dan bertemu dengan para peminat di Malaysia,” tambahnya.

Tiket konsert telah mula dijual pada harga bermula RM179 (Romansa – Free Standing), RM199 (Terpesona – Normal Seating) dan RM399 (Super Rizfelous – VIP Standing) menerusi www.hitmanlive.com.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page