September 7, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Rizky Febian Menaruh Harapan Pada ‘Berona’

2 min read
Spread the love

Rizky Febian tampil dengan single terbaharu, Berona yang baru sahaja dilancarkan menerusi platform digital.

Masih mengekalkan genre balada selepas Hingga Tua Bersama, Berona bertemakan cinta ini ditulis sendiri oleh Rizky Febian dan merupakan lagu pertama daripada album keduanya yang berjudul sama.

Rizky Febian Adriansyah Sutisna mengharapkan lagu ini akan mewakili perasaan pendengar dan boleh dinikmati pencinta muzik tidak kira di Indonesia atau negara jiran berdekatan.

“Lagu ini mengisahkan tentang ekspresi cinta mendalam yang ditunjukkan pada kekasih demi membahagiakan kekasihnya. Perasaan cinta yang makin mendalam itu membuat dia lebih yakin untuk menjalani hubungan cinta tersebut.

“Idea lagu ini berdasarkan pengalaman buat mereka yang sangat mencintai pasangan masing-masing sehingga sanggup mengorbankan apa sahaja demi kehidupan bersama. Saya berharap lagu Berona dapat mewakili perasaan pendengar dan boleh dinikmati kesemua pencinta muzik Indonesia dan negara jiran berdekatan,” ujarnya.

Bukan hanya sekadar lagu, Rizky turut melancarkan muzik video Berona yang kini sudah boleh di tonton disemua platform YouTube rasmi Rizky Febian.

 “Konsep video muziknya menceritakan seorang jejaka yang dilahir dan dibesarkan di sebuah kawasan kampung pedalaman dan jatuh cinta dengan seorang gadis.

“Namun walaupun mereka akhirnya bersatu, kekasihnya meninggalkannya untuk berhijrah ke bandar. Dia menunggu khabar daripada kekasihnya itu, namun tidak mendapat sebarang perkembangan sehingga dia pergi mencarinya di kota.

“Setelah melewati pelbagai halangan, dia akhirnya bertemu kekasihnya. Namun pertemuan itu bukanlah seperti yang diharapkan, kerana dia melihat kekasihnya bersama seorang jejaka lain,” ujarnya yang turut berlakon dalam muzik video berkenaan.

Tidak hanya sekadar album, Rizky juga mengakui dalam rangka untuk mengadakan konsert dengan skala yang lebih besar di Indonesia serta negara sekitar.

Single Berona boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music mulai 11 Julai lalu.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page