October 18, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Ribuan ‘Afganisme’ Larut Menerusi Konsert ‘ADA Afgan & Lyodra Live In Kuala Lumpur”

Spread the love

Meskipun sudah seringkali mengadakan persembahan di Malaysia, ternyata peminat setia Afgan tidak pernah jemu ‘didodoikan’ oleh penyanyi tersebut.  Tidak tampil solo sepertimana konsert sebelum ini, Afgan kembali ‘galaukan’ peminat dengan konsert duet pertamanya di Malaysia bersama Lyodra menerusi konsert ‘ADA’ Live in Kuala Lumpur di Megastar Arena yang telah berlangsung pada 28 September lalu.

Konsert ‘ADA Afgan & Lyodra Live In Kuala Lumpur’ yang berlangsung dengan penuh gilang gemilang bersama bergentayangan untaian melodi romantis itu sekaligus bagi mempromosikan single terbaharu mereka yang berjudul ‘ADA’.

Penonton terlebih dahulu ‘disapa’ dengan persembahan pembukaan oleh penyanyi muda tempatan, Ash Fasryll. Walaupun ini adalah pertama kali Ash muncul di pentas sebesar ini, dia berjaya memukau hadirin dengan persembahan penuh emosi menerusi lagu ‘Nyaman’.  Sebuah lagu saduran daripada Andmesh Kamaleng.

Konsert yang berlangsung lebih 2 jam itu mempersembahkan karya hit Afgan seperti ‘Terima Kasih Cinta’, ‘Bawalah Cintaku’ dan ‘Jodoh Pasti Bertemu’. Persembahan memukau kedua-dua penyanyi sekali gus menghiburkan ribuan ‘Afganisme’ yang sudah ‘larut’ dalam magis ciptaan Afgan.

Tidak kurang hebatnya, Lyodra juga membawakan beberapa buat lagunya iaitu ‘Pesan Terakhir’, ‘Terlalu Cinta’ dan ‘Tak Dianggap’.  Kolaborasi hebat yang dipamerkan oleh kedua-dua penyanyi itu sudah tentu menggamatkan seluruh dewan.

Lyodra turut berkongsi keterujaannya apabila impian untuk bergading satu pentas bersama idolanya akhirnya tercapai. Khalayak bukan sahaja dihiburkan dengan lagu-lagu popular keduanya tetapi  turut berpeluang mendengar lagu baharu yang digubah khas oleh mereka secara eksklusif.

Menariknya lagi bagi konsert kali ini, seramai 12 pemuzik professional diterbangkan khas dari negara jiran itu bagi mengiringi nyanyian Afgan dan Lyodra.

“Kami sangat bersyukur dengan kehadiran peminat Afgan dan Lyodra semua yang sanggup ‘turun’ ke Kuala Lumpur dari serata negara semata-mata ingin menyaksikan konsert ADA ini, dan terima kasih buat para penganjur dan warga kerja KM yang telah bertungkus-lumus,” kata En. Ahmad Jeffny, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas Kharisma Music.

“Untuk tahun 2024 ini, kami sedang dalam perancangan untuk menganjurkan lebih banyak konsert dan akan mula mengadakan beberapa siri konsert di luar negara seperti Indonesia dan juga Singapura pada tahun hadapan”, tambahnya.

Konsert “ ADA Afgan & Lyodra Live In Kuala Lumpur” adalah anjuran Kharisma Music bersama Alha Alfa, Intan Gelombang dan Futurace itu semestinya berjaya menambat hati peminat-peminat Afgan dan Lyodra.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page