September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Reyzal Yazmi Gementar Menanti Reaksi Netizen

2 min read
Spread the love

Gementar menantikan reaksi netizen terhadap lagu ‘Mata’, itulah persepsi Reyzal Yazmi yang cukup meminati penyanyi idolanya, Dato’ Awie. ‘Mata’ adalah merupakan single pertama sekaligus membuktikan bahawa dirinya cukup serius dalam bidang nyanyian.

Reyzal atau nama penuhnya Muhammad Reyzal Bin Mohd Yazmi adalah penyanyi muda yang berasal dari Kuala Lumpur. Reyzal juga lebih mesra dengan gelaran singkatan Rey, mesra dikenali sebagai ‘anak Awie’ dalam laman sosial TikTok kerana wajahnya yang mirip dengan penyanyi rock Malaysia, Awie.

Bukan sahaja mempunyai kebolehan menyanyi Rey juga, berkebolehan dalam bidang ‘Hair Stylish’ dan kini bekerja di salah sebuah Hair Stylish di Sentul, Kuala lumpur.  Seorang yang sentiasa terhibur dan selalu suka menghiburkan sesiapa yang berada di sekelilingnya. Seperti ‘mimpi’, Reyzal Yazmi tidak menyangka lagu yang di tulis untuk simpanannya sendiri dapat direalisasikan dan menjadi single pertamanya yang bertajuk Mata, dengan adanya pertolongan dari label tempatan RR Entertainment.

”Sebenarnya lagu Mata ni saya menulis adalah berkisahkan apa yang pernah terjadi dalam hidup saya dulu, tapi tu dulu sekarang lain dan tak sangka pulak dapat di jadikan lagu itu single pertama saya” ujar Reyzal Yazmi sambil ketawa.

Single pertama Reyzal Yazmi ‘Mata’ di jangkakan bakal menemui pendengar di awal bulan Ogos 2023. Lagu ini di bawah laungan Sony Music Entertainment Malaysia dan RR Entertainment.

Keistimewaan lagu ‘Mata’ di hasilkan oleh syarikat rakaman tempatan RR Entertainment dan gubahan daripada HerdaSyira dan Reyzal Yazmi. Manakala penulisnya pula adalah dari Reyzal Yazmi sendiri. Lagu ini mengambil masa setahun untuk menyiapkan liriknya sahaja dan mengambil masa lebih kurang dua tahun enam bulan untuk di siapkan hingga ke peringkat akhir.

Di tanya apakah maksud yang tersurat di sebalik lagu ini, Rezal Yazmi menjawab dengan berseloroh. “Biarlah saya saja yang menegtahuinya, nak jadikan ia sebagai rahsia peribadi! Saya hanya menyampaikan apa yang tersurat di hati saya dalam bentuk nyanyian dan saya sangat tidak menyangka impian saya menjadi kenyataan.”

Reyzal juga mempunyai suara tinggi, lebih selesa membuat lagu-lagu cover dalam platform media social (TikTok) sehingga bilangan pengikutnya bertambah dengan begitu mendadak.  Perjalanan seni Reyzal juga pernah melibatkan diri dengan rancangan ‘I Can See Your Voice’ baru-baru ini.

Lagu ‘MATA’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

INSTAGRAM :  : https://instagram.com/reyyazmi?igshid=MzRlODBiNWFlZA==

TIKTOK :  https://www.tiktok.com/@reyyazmi?_t=8e8n8ljGRZi&_r=1


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page