November 23, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Restoran Zu Chuan Hotpot The Curve Saji Pelbagai Menu Berkhasiat

Spread the love

‘Zu Chuan’ membawa maksud warisan adalah merupakan sebuah restoran ‘bakar-bakar’selain memfokuskan menu-menu yang berteraskan resepi turun temurun sebagai identiti Restoran Zu Chuan.

Restoran Zu Chuan Hotpot The Curve, Mutiara Damansara menyajikan pelbagai menu berkhasiat kepada pelanggannya meskipun terdapat Seafood yang segar selain menu ‘wajib’ yang harus di cuba.

Menawarkan harga serendah RM69.90 pengunjung dapat menikmati makanan yang sedap disamping suasana yang cukup tenang dan mendamaikan.  Selain itu pihak restoran juga tidak lupa kepada insan-insan istimewa.

“Sesuai dengan konsep kekeluargaan, pihak kami akan memberikan diskaun kepada pelanggan yang datang bersama keluarga yang lebih daripada 10 orang”, ujar Puan Lisa sewaktu ditemui media baru-baru ini.

“Jika ada pelanggan yang datang dengan anak kecil, pihak kami turut menyediakan menu untuk mereka seperti nugget, kentang goreng, keledek goreng, aiskrim  dan sebagainya”, ujarnya

Lisa Lazim selaku  Pengarah Perniagaan Zu Chuan Hotpot The Curve berkata, kunjungan anak-anak yatim adalah sebahagian daripada program CSR restoran berkenaan.

“Seperti lazimnya, pihak kami akan menjemput mereka yang kurang berkemampuan khususnya anak-anak yatim mahupun orang kurang upaya untuk makan di restoran kami.  Sebulan sekali kami pasti akan menjemput penghuni rumah kebajikan terpilih untuk menikmati menu yang kami sediakan”, ujarnya ketika di temui media baru-baru ini.

“Bukan niat kami untuk bermegah-megah tetapi ianya merupakan tanggungjawab pihak kami apatah lagi dalam berkongsi rezeki, malah rakan perniagaan kami turut senada dengan kami dalam menunaikan kewajipan ini”.

Meskipun cawangan Zu Chuan Hotpot The Curve, Mutiara Damansara ini baru memulakan operasinya sekitar 2 bulan, namun ianya menunjukkan prestasi jualan yang memberangsangkan.

“Saya selaku wakil restoran ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para tik tokers, bloggers dan netizen yang sudi berkongsi apa jua menu yang kami sajikan dalam platform sosial media milik mereka, tanpa mereka mungkin kami bukan siapa-siapa”, tambahnya.

Daging Wangyu sudah semestinya menjadi signature Zu Chuan Hotpot selain beberapa menu lain yang dijual dengan harga yang berpatutan dan yang paling utama ianya tampil dengan pakej makan sehingga kenyang.

“Untuk pengetahuan, pihak kami juga akan membuka sebuah lagi restoran di I-City Shah Alam tidak lama lagi.  Ianya lebih luas selain pelanggan dapat berkaraoke sambil menikmati makanan yang kami sajikan”, ujarnya.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page