November 27, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Repvblik Band ingin cipta kenangan sempena 19th Anniversary Repvblik Band Live in Kuala Lumpur

Spread the love

Sandiwara cinta, Selimut tertangga, Sayang sampai mati antara lagu-lagu popular kumpulan dari Indonesia iaitu Repvblik Band. Sudah pasti peminat-peminat kumpulan muzik ini, mengingati dan menghayati setiap bait-bait lirik lagu tersebut. Peminat-peminat khususnya di Malaysia pasti tidak sabar apabila setelah sembilan tahun (9) tahun, kumpulan yang berasal dari Bogor, Indonesia tidak mempamerkan persembahan di pentas Kuala Lumpur akhirnya buat julung kalinya mereka akan beraksi di Malaysia pada 11 Ogos 2023 bertempat di Zepp Kuala Lumpur bagi meraikan sambutan ulangtahun ke-19 kumpulan ini.

Malahan, kumpulan ini masih berjaya mengekalkan kedudukan mereka sebagai antara pemuzik terbaik yang pernah ada dalam sejarah industri hiburan Indonesia. Deretan album dan lagu yang pernah dihasilkan Repvblik Band juga masih menjadi siulan peminat dan pencinta muzik tempatan.

Konsert Revpblik ulang tahun ke-19 ini dibawakan khas oleh penganjur Aytie Management dan Boomset Planning bakal menyajikan peminat dengan pertembungan karya-karya baharu dan lama Revpblik Band termasuk lagu hits mereka Sandiwara Cinta, Selimut Tetangga, Sayang Sampai Mati dan Sandiwara Lagi yang pernah melonjakkan nama kumpulan band ini. Sebanyak 16 lagu akan dipersembahkan pada malam konsert itu nanti. 

Para peminat boleh mendapatkan tiket konsert tersebut secara rasmi yang akan mula dijual melalui ticket2u.com.my/Repvblik pada 3 Julai 2023 jam 11 Pagi. Tiket-tiket mula dijual dengan harga serendah RM155, RM255, RM295, RM365 dan VIP Box pada harga RM4,800. 

Proses pemilihan lagu agak mencabar kerana kumpulan band ini memikirkan lagu yang paling disukai khalayak ramai serta karya terbaik daripada seleksi album mereka. Repvblik Band yang memperjuangkan genre Pop Rock dan Rock Alternatif sudah menghasilkan lapan (8) album sejak kemunculan mereka dalam industri muzik pada tahun 2004 dan pada tahun ini Repvblik Band telah mengeluarkan sebuah lagu iaitu Sandiwara Lagi  yang dihasilkan menerusi kisah cinta sebenar vokalis Repvblik Band, Ruri Herdian Wantagio juga pencipta untuk lagu tersebut.

Persembahan pada malam itu nanti akan menampilkan Yuletta Yucha, Tiktokers yang sedang meningkat naik sebagai penyanyi undangan untuk persembahan pembukaan, beliau akan menyampaikan empat buah lagu dan satu lagu duet bersama Repvblik Band. Kumpulan yang dianggotai 4 orang ahli iaitu Ruri (Vokalis), Lavy (Bass), Tyar (Keybord dan Backing Vokal), dan Ei (Gitar utama) telah bergiat aktif sejak 2007.

Untuk rekod, lagu Sandiwara Cinta merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 113 juta jumlah tontonan di platform Youtube selain lagu tersebut sering menduduki carta lagu di stesen radio tempatan dan lagu-lagu dari Repvblik Band sering diputarkan dicorong-corong radio tempatan.

Kedatangan band popular ini ke Malaysia sudah pastinya menjadi momen yang paling ditunggu peminat setia mereka dan sudah pastinya tidak mahu melepaskan peluang ini. 

Dengan pasukan produksi di bawah Aytie Management yang berpengalaman menguruskan perjalanan konsert ini,  sudah pasti sesuatu yang hebat akan dipersembahkan. Memori pasti akan terpahat dalam jiwa semua yang hadir.

Konsert 19th Anniversary Repvblik Live in Kuala Lumpur ini turut mendapat sokongan penuh dari Hot.FM, Bulletin.FM dan Molek.FM yang bertindak sebagai radio rasmi. Selain itu, MRMY Malaysia (Mascot Rider Malaysia) dan Persatuan Busker Malaysia yang popular di platform Tiktok dan Instagram turut berkerjasama mempromosikan konsert ini.

Peminat boleh mengikuti informasi-informasti berkaitan konsert ini di platform sosial media Aytie Management dan dalam masa sama, pelbagai pertandingan akan dianjurkan oleh Hot FM dan Molek FM, peminat-peminat berpeluang untuk memenangi tiket menyaksikan konsert serta cenderahati ekslusif sempena 19th Anniversary Repvblik live in Kuala Lumpur.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page