September 8, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

‘Reformasi’ KidDin Menerusi Konsert Search ‘Gemuruh’ Jun Ini

3 min read
Spread the love

Din dan Kid yang lebih mesra dengan panggilan ‘KidDin’ akan tampil menerusi konsert istimewa berjudul ‘Gemuruh’ di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Jun nanti.

Konsert anjuran Big Stage Entertainment Channel dengan kerjasama MyMuzik Sendiri Entertainment ini  turut menampilkan Min (dram) dan Rozaimie (pemain bass Barbarik sebagai Sessionist) serta Amir Masdi sebagai penyanyi undangan.

Apa yang cuba direformasikan oleh Kid dan Din demi memberikan warna yang lain pada konsert ‘Gemuruh’ ternyata mengundang pelbagai ‘polemik’ yang tidak enak di kalangan peminat mahupun penggiat industri.

Justeru itu, stu sidang media bersempena Konsert Search ‘Gemuruh’ telah di adakan di Hard Rock Café Kuala Lumpur pada 27 April lalu bagi ‘menjernihkan’ kekusutan yang telah berlaku.

Berhubung konsert itu, Search telah memilih penyanyi Amir Masdi atau nama penuhnya, Amir Syazwan Masdi, 28, sebagai penyanyi utama mereka.

Pemain gitarnya iaitu Noordin Mohd Taib berkata, Amir menjadi pilihan mereka kerana dia mempunyai pakej seperti ramai peminat dan berkemampuan menyanyikan lagu-lagu rock.

“Dia antara penyanyi generasi baru yang bagus. Dia sendiri seorang ‘rockers’ dari segi imej, gaya dan minatnya. Saya yakin dengannya. Lagipun dia seorang yang agresif di pentas. Ini yang kami mahukan. Saya mohon, sokonglah bakat-bakat tempatan,” ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai ketiadaan penyanyi Indonesia, Denden dan pemain bass, Yan dalam konsert itu nanti, Noordin menjelaskan, kedua-duanya tidak dapat bersama kerana terikat dengan komitmen lain yang sudah dipersetujui dari awal.

Difahamkan, tempat Yan akan digantikan pemain bass Barbarik iaitu Rozaimi. Mengulas lanjut, Noordin menafikan berlaku konflik dalam kumpulan Search berikutan ketiadaan Denden dan Yan.

“Sejak awal lagi, saya tidak pernah mengatakan Denden dan Yan adalah anggota tetap Search. Search adalah saya dengan Kid (pemain gitar utama) saja.  Denden dan Yan adalah pemuzik undangan dan mereka bebas untuk bermain dengan sesiapa saja. Begitu juga dengan pemain dram, Minn yang turut memiliki band sendiri dan pemain keyboard, Firdaus yang banyak menjadi pemuzik undangan untuk penyanyi-penyanyi popular tanah air.

“Secara kebetulan kali ini Denden dan Yan ada k0mitmen lain dan mereka tidak dapat bersama kami. Tiada masalah dalam dalam Search. Mereka bebas bermain dengan sesiapa dan ini perkara biasa,” katanya.

Sementara itu Sandakiah Azez selaku Pengarah Big Stage Entertainment menyifatkan Konsert Search ‘Gemuruh’ sebagai konsert yang sarat dengan elemen ‘surprise’. 

“Konsert ini sebenarnya banyak elemen kejutan yang di lakukan oleh Kid dan Din, kadangkala saya sendiri tidak faham apakah ‘kejutan’ yang bakal mereka lakukan.  Namun saya percaya pada bakat selain pengikut setia dua beradik yang cukup unik ini”, ujarnya

“Saya beri kebebasan penuh untuk mereka ‘berkarya’ menerusi konsert ini, besarlah harapan saya agar peminat ‘duo’ ikonik ini untuk hadir memberikan sokongan kepada konsert itu nanti”, katanya

Selain Amir Masdi, konsert berkenaan turut menampilkan Ritz Metalasia, Muzza, Addy Cradle, Rozario Rasul, Ujang Exist, Fly Halizor dan Jovita Pearl dari program X Factor Indonesia yang akan tampil menerusi segmen ‘penampilan khas’.

Konsert Search ‘Gemuruh’ di jangka akan berlangsung selama 2 jam 45 minit bakal menghimpunkan seleksi terbaik Search selain mempersembahkan lagu-lagu yang tidak pernah di mainkan di sewaktu konsert sebelum ini.

Peminat yang ingin menyaksikan konsert tersebut boleh mendapatkan tiket yang sudah mula dijual bermula dari harga RM178 hingga RM6,000. Untuk pembelian tiket, sila layari www.iLassoTickets.com

.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page