Refleksi Berbeza Aini Mazalan Menerusi Lagu “Outta My Mind”
Aini Mazalan, penyanyi dan penulis lagu ini telah menerokai satu konsep yang baru dalam lagu Outta My Mind. Lagu ini telah memberi refleksi mendalam tentang perjalanan sebuah hubungan istimewa yang masih belum memberi jaminan masa hadapan.
Dicipta sendiri oleh Aini dan mendapat inspirasi secara spontan ketika menghasilkan lagu ini. Dengan bakatnya yang luar biasa, Aini dan syarikat rakaman Sony Music Entertainment Malaysia berjaya menyiapkan karya ini dalam masa yang singkat.
“Lagu Outta My Mind ini mengisahkan tentang, mengambil langkah kehadapan dalam perhubungan yang belum pasti ada masa depan yang jelas. Saya menulis lagu ini dalam satu malam sahaja dan ia tidak berkaitan dengan kehidupan peribadi saya. Saya hanya mencipta lirik secara rawak agar ia bersesuaian dengan melodi.”Katanya
Dalam trek baru ini, dia menggunakan teknik ‘falsetto’ dan ‘whispers’, yang memberi aura yang unik. Aini juga mendedahkan bahawa proses ini tidak semudah yang disangka dan dia perlu merakam beberapa kali untuk mendapat kesempurnaan. Dan jika pendengar mendengarkan dengan teliti, terdapat banyak lapisan vokal yang berlaku sebagai penambah rasa pada bunyi lagu ini.
“Kali ini, lagu saya menggunakan banyak ‘falsetto’ dan ‘whispers’, saya dapati agak sukar untuk mengawal suara saya dan saya perlu merekod lagu beberapa kali. Mengenai bahagian vokal juga mempunyai banyak lapisan jika anda mendengarnya dengan teliti menjadikannya lebih menarik,” tambahnya dalam menjelaskan cabarannya.
Walaupun lagu ini bertemakan patah hati, namum cara penyampainya agak berbeza dengan mempunyai unsur melodi genra pop, tetapi masih mengekalkan maksud dan objektif asal. Lagu Outta My Mind ini merupakan langkah yang berani dalam menerokai konsep yang baru berbanding lagu sebelum ini, Not Your Fault.
“Pendengar bakal merasai pengalaman istimewa dengan lagu ini seperti perasaan sedih tapi dalam masa yang sama membawa pendengar menari kerana ia mempunyai elemen yang positif yang memberi motivasi. Lagu ini adalah lagu yang ceria dan mudah diingat. Ia agak berbeza dari projek terdahulu saya, Not Your Fault” Katanya.
Aini mengambil serius dalam menghasilkan lagu Outta My Mind dan merasa teruja mendapat peluang dalam berkolaborasi dengan produser berbakat, Thodappakuchi pada bahagian bass dan dram sebagai gabungan tenaga kreatif yang sempurna.
“Saya sangat berharap lagu ini akan sampai kepada pendengar yang tepat terutama di pasaran Asia Tenggara. Selain itu, pendengar akan mengambil nilai-nilai yangpositif dalam lagu ini,” Katanya tentang harapan lagu “Outta My Mind” ini.
“Outta My Mind” boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform muzik seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube, dan YouTube Music.