November 24, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Reality Club Sedia Sebar ‘virus’ Sentimental 1 Disember Ini

Spread the love

Kumpulan band rock Indie Indonesia Reality Club bersedia untuk menyebarkan ‘virus’ sentimental buat peminat setia mereka di Malaysia. Mereka akan beraksi bersempena siri jelajah ‘Reality Club Asia Tour 2023’ yang di jadual akan berlangsung di JioSpace, Petaling Jaya pada 1 Disember ini.

Terkenal dengan gabungan lirik ekspresif dan melodi yang mencuit hati, kumpulan ini akan membawa orang ramai dalam perjalanan yang mengasyikkan antara kegembiraan dan kesedihan dengan lagu-lagu mereka yang membangkitkan emosi.

Ini bukanlah kali pertama mereka menjejakkan kaki ke Malaysia, band yang diketuai oleh vokalis Fathia Izzati, pemain gitar dan vokalis bersama Faiz Novascotia Saripudin, pemain bass Nugi Wicaksono dan pemain dram Era Patigo pernah beberapa kali mengadakan persembahan di Sarawak.

Untuk info, Fathia atau lebih dikenali sebagai ‘Kittendust’, ialah pencipta kandungan Youtube yang mahir dengan haknya sendiri sebelum dia meneruskan kerjaya dalam industri muzik. Setelah membuat penampilan sulung pada tahun 2016, Reality Club lahir daripada idea untuk berkongsi minat dan cinta mereka terhadap muzik kepada dunia, untuk membuatkan orang ramai menerima perasaan mereka melalui lagu.

Dengan matlamat sama, mereka mengeluarkan album sulung ‘Never Get Better’ pada 2017, menandakan permulaan perjalanan mereka dalam industri.  Perjalanan mereka tidak terhenti begitu sahaja,terkini mereka baru sahaja  mengeluarkan album studio ketiga yang berjudul ‘Reality Club Present..’

Lima bulan selepas pelancaran album studio ketiga “Reality Club Presents…” yang memenangi pelbagai anugerah dan menjuarai carta, kumpulan kuartet Reality Club bakal mengadakan siri jelajah Asia untuk mempromosikan album tersebut.

Siri Jelajah bagi mempromosikan album tersebut telah bermula sejak 29 Oktober sehingga 2 Disember 2023, kumpulan itu telah singgah ke Singapura (AXEAN Festival, 29/10), Thailand (Blueprint Bangkok, 3/11), Taiwan (LUCFest, 5/11), Indonesia (Balai Sarbini, 17/11), dan seterusnya ke Malaysia (JioSpace Kuala umpur, 1/12), dan Filipina (123Block Manila, 2/12).

Selepas siri jelajah Asia, Reality Club akan meneruskan siri jelajah ke Amerika Syarikat yang masih lagi dalam perancangan, bersama dengan penyertaan yang sudah pun diumumkan di South by Southwest (SXSW) 2024 di Austin, Texas.

Setiap perhubungan terdapat kisah tersendiri seperti di filem-filem, lengkap dengan masalah, saat teratas, detik terindah, pengakhiran baik dan buruk serta kisah yang kadang tergantung.  Setiap kisah cinta layak mempunyai runut bunyinya tersendiri dan inilah runut bunyi tersebut.

Reality Club Presents… merupakan album yang membuat anda berfikir, merasai dan paling penting bertindak.  Album ini menggambarkan seolah-olah setiap lagu ada filemnya tersendiri. Ini dapat dilihat dari permulaan kempen seawal 2021 dengan lagu pertama “I Wish I Was Your Joke”, yang sudah menjadi sinonim dengan karya-karya sesudahnya seperti “You Let Her Go Again”, “Tell Me I’m Wrong”, “Anything You Want”, “Dancing In The Breeze Alone”, dan “Desire”.

Setiap lagu ini terdapat video muzik sinematik tersendiri, dengan aneka gimik hebat seperti sidang media di pawagam, sehinggalah studio mainan dengan nama “Reality Club Pictures”. Dalam alamini, Reality Club merupakan para sutradara, dan lagu-lagu merupakan episodnya.

Album ini didahului dengan lagu “Love Epiphany”, suatu kembara muzikal yang menceritakan bagaimana seseorang boleh hilang segala-galanya dan mengalami segala kepedihan cinta, namun pada waktu yang sama mereka juga mampu memenangi segalanya. Lagu ini menampilkan orkestra Budapest dengan 46 ahli muzik, yang banyak menyumbang dalam album ketiga ini.

Ia juga bakal tampil dengan video muzik yang akan dilancarkan pada minggu berikutnya.Album ini telah memenangi Anugerah Musik Indonesia (AMI) 2023 untuk kategori Album Alternatif Terbaik dan Kumpulan Alternatif Terbaik.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page