October 1, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Raymond Lam “Go With The Flow”, Kembali Gegar Kuala Lumpur Selepas 14 Tahun

Spread the love

Siapa rindu Raymond Lam? Bintang Hong Kong yang pernah jadi idola ramai peminat K-drama dan C-drama satu ketika dulu akhirnya akan kembali semula ke Malaysia! Kali terakhir Raymond mengadakan konsert solo besar-besaran di sini adalah pada tahun 2011 dan kini, selepas lebih sedekad menanti, penantian itu bakal terubat.

Pada 15 November 2025, Raymond Lam akan menggempur pentas Axiata Arena, Kuala Lumpur dengan konsert terbarunya “GO WITH THE FLOW” LF Live Around the World in Kuala Lumpur. Yang lebih menarik, ini sebahagian daripada jelajah dunia pertamanya selepas sembilan tahun!

Dengan pengalaman lebih 25 tahun, Raymond bukan sekadar penyanyi malah dia pelakon, idola, dan kini bintang besar filem. Ingat lagi wataknya sebagai Chan Lok-Kwan dalam filem pecah panggung “Twilight of the Warriors: Walled In” Filem itu catat kutipan lebih RM15 juta di Malaysia! Memang layak dipanggil superstar serba boleh.

Tapi bagi peminat muzik, kehebatan Raymond di pentas tetap tak tertanding. Konsert di Hong Kong Coliseum awal tahun ini habis tujuh malam sold-out! Malah, persembahannya yang menampilkan “chair dance” jadi viral di media sosial, siap ramai yang cuba tiru gaya itu. Persoalannya sekarang: akan adakah “chair dance” versi KL nanti?

Tour ini akan bermula di Guangzhou, singgah di beberapa bandar besar China, kemudian menuju ke Amerika Utara dengan hentian di Las Vegas, Atlantic City dan Niagara Falls. Kuala Lumpur pula akan jadi salah satu destinasi paling ditunggu sebelum penutup besar-besaran di Macau pada Januari 2026.

Raymond memang terkenal dengan disiplin tinggi. Walaupun sibuk dengan jadual padat, dia tetap kekal fit malah, khabarnya lebih “lean” dan toned berbanding semasa konsert di Hong Kong. Jadi, bersiap sedialah untuk melihat Raymond dalam versi terbaiknya di KL!

Setlist juga katanya sudah dipilih rapi campuran greatest hits sepanjang lebih 20 tahun karier, lagu-lagu baru, segmen khas, dan pastinya koreografi eksklusif. Gabungan dengan rekaan pentas canggih dijamin akan buat konsert ini jadi antara pengalaman paling memorable buat peminat Malaysia.

Tiket akan mula dijual pada 17 September 2025, jam 12 tengah hari di my.bookmyshow.com dengan harga dari RM198 hingga RM798 (tidak termasuk caj tiket). Kalau lihat rekod sold-out di Hong Kong, anda memang kena pantas sebelum terlepas peluang.

Konsert ini dibawakan oleh UnUsUal Entertainment, dengan A Plus Music, Sky High Entertainment, Altus Prohouse, KXL Crossover serta sokongan media rasmi daripada MMM Media, MY FM, MELODY, XUAN dan YesBoss.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page