September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Raja buah, Durian, satukan Bintang Filem Korea Selatan dan Malaysia dalam “The Lord Musang King”

3 min read
Spread the love

Oleh: Zizi Hashim

Storyline yang simple dan mudah difahami. Plot cerita yang tidak meleret-leret, straight-forward dan terselit sedikit unsur saspen. Karektor tersendiri setiap watak kelihatan spontan dan seiring dengan jalan cerita. Cuma sedikit kekurangan pada aksi fighting yang dirasakan boleh diperbaiki dengan lebih baik lagi tetapi tidak berpeluang berbuat demikian kerana tempoh latihan singkat yang diberikan, memberi impak tergesa-gesa pada setiap babak. Ini diakui oleh pemegang watak utama, Haikal, lakonan Yusuf Bahrin dimana ini merupakan filem pertama lakonan beliau. Berpeluang bekerjasama dengan bintang filem dari Korea, Yusuf Bahrin memanjatkan rasa syukur dan keterujaan terhadap The Lord Musang King.

“Dalam jangkamasa yang pendek, saya diberi kepercayaan untuk persiapkan diri dalam membawa watak Haikal ini. Saya ambil masa kurang daripada seminggu untuk berlatih dan menjiwai babak aksi, 4-5 hari lebih kurang, maka itu lah hasil nya yang dapat saya beri, mungkin kurang tapi apa yang termampu saya buat dalam jangkamasa itu, saya buat.” jelas Yusuf Bahrin ketika ditemui pada Majlis Malam Gala Pelancaran Filem The Lord Musang King pada 19 Disember bertempat di GSC Lalaport.

Ini boleh difahami apabila dimaklumkan penggambaran filem yang mengangkat usahasama antara industri perfileman tempatan bersama gergasi filem Asia iaitu Korea Selatan hanya dijalankan dalam tempoh 21 hari sahaja. Kenapa dan mengapa hanya diberikan tempoh sesingkat itu untuk menghasilkan sebuah filem, tidak pula dinyatakan sebab-sebabnya. Secara peribadi saya merasakan kesemua pelakon tidak memberikan ‘all out’ sedangkan kredibiliti mereka sangat dikenali dari setiap lakonan terdahulu. Komunikasi bahasa juga dilihat sebagai masalah berinteraksi, namun dapat ditangani dalam tempoh penggambaran yang diberi.

Filem sulung terbitan Hundred Years Popcorn Production Sdn Bhd yang merupakan milik Penerbit Muzik Veteran, Ong Peng Chu, mempergunakan sebaik-baik pengalaman selama 38 tahun bergelumang dalam industri muzik tempatan dan antarabangsa. Ong Peng Chu berpendapat bahawa dunia perfileman dan dunia seni adalah seiringan dan faktor itu memberi keyakinan tinggi baginya menceburi bidang perfileman.

The Lord Musang King, diraikan pada Majlis Malam Gala atas kejayaan kolaborasi pertama Malaysia dan Korea Selatan yang dihadiri oleh barisan pelakon hebat Malaysia seperti Yusuf Bahrin (Haikal), Fimie Don (Fiezol), Harissa Adlynn (Tasya), Jay Iswazir (Tuan Shahar), Azri Sabri (Faruk), Eddie Chow (Cheon Jin) dan turut menampilkan 2 bintang filem Korea Selatan iaitu Kim Bo-Yeon (Jianna) dan Kwak Dong Hyuk. Kekuatan terletak pada Pengarah Filem dari Korea Selatan iaitu Lee Moon Ho yang terkenal dengan filem arahan nya seperti My Way dan Underground Dragon King.

Tercetusnya idea kolaborasi ini berdasarkan kegilaan rakyat Malaysia yang obses terhadap industri K-Pop disamping misi untuk mempertingkatkan sektor pelancongan Malaysia dengan berbekalkan modal bajet 2.5 juta. Ketika Ong Peng Chu dan Lee Moon Ho sama-sama menikmati kelazatan Durian Musang King, mereka sepakat untuk mempromosikan raja buah berkualiti tinggi itu sebagai Duta rasmi menjayakan misi produksi mereka.

Penggunaan 3 bahasa didalam filem ini iaitu Malaysia, Korea dan Inggeris merupakan satu kelainan, mengisahkan tentang Haikal, anak pekebun durian Musang King yang berjaya namun telah diperdaya dan dipenjarakan. Bapanya, Tuan Samad sanggup berbuat apa saja demi menyelamatkan Haikal yang teraniaya dengan membuat perjanjian dengan syarikat antarabangsa yang memberi jaminan akan membebaskan Haikal. Namun itu hanyalah helah semata-mata, Samad ditemui mati terbunuh di tangan ‘taikun’ Korea Selatan ketika proses membebaskan Haikal. Sebaik sahaja diberitahu tentang kematian bapanya, Haikal berang dan memberontak untuk menuntut bela di atas kematian bapanya. Dengan bantuan rakan-rakan, Haikal berjaya memerangkap musuh dan pembunuh bapanya. Akhirnya pihak polis telah membawa dalang pembunuhan ke muka pengadilan.

Nama-nama besar seperti Dato’ M. Nasir dan Dato’ Awie pernah disebut-sebut untuk membintangi filem ini namun tidak menjadi kenyataan kerana telah terikat dengan komitmen lain. Bagaimanapun pemilihan Yusuf Bahrin dikatakan bertepatan dengan watak utama, bakal menguji keupayaan beliau menerusi filem sulung lakonannya. Namun tanpa kerjasama padu dari rakan-rakan pelakon yang lain, filem ini tidak boleh berdiri dengan sendiri. Jom kita sama-sama saksikan dan nilai sendiri.

Filem yang mendapat sokongan daripada Kementerian Komunikasi Digital melalui Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia menerusi Dana Kandungan Digital, The Lord Musang King, bakal menemui pencinta filem tempatan dan akan ditayangkan diseluruh pawagam tanahair mulai 21 Disember ini.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page