November 24, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Raffa Affar Tetap Optimis Meskipun ‘Dikecam’

Spread the love

Raffa Affar atau nama sebenarnya Raffa Aldiansyah adalah penyanyi kelahiran Depok, Jawa Barat, Indonesia dengan mempunyai lebih empat juta pengikut di aplikasi media sosial TikTok.

Pengaruh dimiliki itu membuatkan Raffa bukan saja dikenali di Indonesia, malah mencipta fenomena di sini menerusi single Cinta Sampai Mati.

Raffa juga sebelum ini dikenali sebagai penyanyi yang membawakan genre lagu berkonsepkan ketuhanan, selawat dan nasyid. Selain itu, dia gemar membuat ‘cover’ atau nyanyian semula lagu popular lain untuk dimuat naik ke akaun media sosial miliknya.

“Saya sangat gembira sebab dapat buat ‘cover’ versi saya sendiri dan saya terkenal sebab selalu buat ‘cover’ lagu dengan versi saya sendiri,” ujarnya ketika ditemui usai majlis pelancaran lagu ‘Lebaran’ yang telah di adakan di Tangerang, Jakarta pada 20 Mac lalu.

“Saya tahu ramai netizen di luar sana yang menggemari lagu-lagu ‘cover’ yang saya nyanyikan, namun ada juga yang tidak suka dengan ‘nafas baharu’ yang saya sampaikan menerusi versi saya sendiri”

“Pada awalnya saya merasa ‘down’ dengan segala kritikan netizen yang membuat komen laman sosial, namun setelah memikirkannya.  Saya anggap itu adalah kritikan membina dan saya harus ‘move on’, katanya.

“Semua orang bebas berpendapat. Jadi, saya tak boleh memaksa orang untuk suka atau tidak. Kalau mereka suka alhamdulillah, kalau tak ada yang suka berterima kasih juga. Versi saya ini juga adalah arahan daripada syarikat rakaman dan sudah dipersetujui oleh penerbit. Jadi, saya tak buat sesuka hati.

“Saya tahu lagu Tiara itu popular pada 1991. Saya tahu daripada syarikat rakaman dan saya pun mendengarkannya. Jadi, saya suka lagu yang mendayu-dayu sebegitu. Saya cuba membuat versi ‘cover’ sendiri,” katanya.

Raffa Affar yang kini bernaung di bawah syarikat Suara Dua Media turut mengakui pernah berjumpa dengan Datuk M Nasir.  Ternyata beliau tidak berdepan masalah dengan isu lagu Tiara yang dinyanyikan dan diolah semula olehnya.

“Itu sudah biasa terjadi dalam industri, jadi tiada masalah, ia pendapat peribadi, sama ada hendak marah atau tidak,” ujarnya.

“Semua orang bebas berpendapat. Jadi, saya tak boleh memaksa orang untuk suka atau tidak. Kalau mereka suka alhamdulillah, kalau tak ada yang suka berterima kasih juga. Versi saya ini juga adalah arahan daripada syarikat rakaman dan sudah dipersetujui oleh penerbit. Jadi, saya tak buat sesuka hati.

“Insya-Allah, saya bakal melancarkan single baharu tidak lama lagi. Jadi, buat semua yang selalu bertanya dan tidak sabar untuk mendengarkan lagu baharu, nantikan di YouTube dan Instagram saya,” katanya.

Raffa berharap dapat datang ke Malaysia untuk bertemu peminatnya di sini.

“Insya-Allah saya akan ke Malaysia dan juga teringin berjumpa orang Malaysia. Saya mahu melihat suasana dan ingin menghiburkan orang Malaysia secara langsung,” katanya.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page