September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

PlunkCore, Kini Bersedia Untuk Bergerak Secara Aktif

2 min read
Spread the love

PlunkCore, sebuah kumpulan alternatif rock yang berakarkan muzik ‘grunge’ dari Kuala Lumpur kini sudah bersedia untuk bergerak aktif untuk melibatkan diri mereka bermain di gig-gig di sekitar ibu negara Malaysia setelah mengeluarkan demo terbaharu mereka yang bertajuk ‘Matahari’ baru-baru ini.

Menurut kumpulan tersebut, kumpulan mereka kini dianggotai oleh Radhikarl sebagai vokalis, Nine Coco sebagai pemain gitar dan vokalis, Ghazy Ahmad sebagai pemain gitar, Jorn Hanafi sebagai pemain dram dan Arkmal di posisi pemain bass.

Mereka juga mengatakan bahawa rilisan terbaharu mereka mengandungi tiga buah lagu yang boleh didengari secara percuma di pelbagai platform pengstriman audio seperti Spotify, Youtube Music, Tidal dan banyak lagi.

“PlunkCore sekarang sedang bergiat aktif di gig-gig sekitar Kuala Lumpur, tidak lupa juga baru merilis sebuah demo yang berjudul Matahari yang boleh distream secara percuma dipelbagai platform streaming audio (Spotify, Youtube Music, Tidal, etc).

“Buat masa ini PlunkCore mempunyai tiga buah lagu yang diberikan tajuk-tajuk seperti Never Know You Can, Gaza City dan yang paling terbaharu adalah Matahari,” kata kumpulan tersebut setelah dihubungi.

PlunkCore juga memberi pesanan kepada sesiapa yang ingin mengikuti perkembangan PlunkCore yang mereka bolehlah “Follow dan Like” PlunkCore melalui laman media sosial mereka di platform-platform seperti Facebook dan Instagram (IG).

Selain daripada itu, untuk sesiapa yang ingin menghubungi mereka mengenai sebarang hal ehwal berkaitan dengan show/ gig untuk PlunkCore, mereka juga boleh dihubungi melalui “direct message” di akaun-akaun media sosial mereka atau terus menelefon RadhiKarl melalui no telefon +60134239083

PlunkCore, ditubuhkan pada tahun 2021 di Kuala Lumpur dan sejarah penubuhan mereka bermula dengan RadhiKarl, Jorn Hanafi dan Ghazy Ahmad yang bersetuju untuk menubuhkan sebuah kumpulan baharu, selepas mereka mengatakan bahawa mereka langsung tidak memegang alatan muzik selama tujuh sehingga lapan tahun sebelum itu.

Mereka kemudiannya mempelawa Nine Coco yang sebelum ini merupakan vokalis kepada kumpulan Coco, sebagai ahli tetap manakala El dari kumpulan Uoaka District juga pernah tampil menjadi pemuzik undangan (sessionist) untuk PlunkCore diposisi bass dan sebelum digantikan oleh Arkmal yang menyertai PlunkCore sebagai pemain bass tetap untuk kumpulan itu.

Dengan perkembangan terkini PlunkCore, mereka mengatakan bahawa PlunkCore mempunyai harapan yang kehadiran mereka di arena muzik bawah tanah (underground) dan indie scene Malaysia akan memberi impak dan perencah baharu buat pendengar muzik mereka di samping menjadi sebuah kumpulan muzik contoh untuk generasi yang akan datang di masa hadapan.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page