September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Pesta Muzik Kuantan 2024 Ditunda, Dinamakan Semula

2 min read
Spread the love

Pesta Muzik Kuantan yang pada mulanya dijadualkan pada 24 Februari, kini telah dijadualkan semula dan akan dikenali dengan nama yang berbeza.

Dalam pengumuman baru-baru ini oleh penganjur acara, pesta itu akan ditangguhkan kepada 4 Mei 2024, dan dinamakan semula sebagai “Ungu di Kuantan Bersama Artis Tanahair”.

Membuat pengumuman melalui sebuah kenyataan akhbar, para penganjur berkata keputusan untuk menangguhkan pesta itu dibuat oleh mereka, Showpro Entertainment Sdn Bhd, untuk mengutamakan sensitiviti, toleransi, dan rasa hormat terhadap kepelbagaian kaum dan agama rakyat Malaysia, khususnya di wilayah Pahang dan Pantai Timur.

Perubahan jadual dan nama itu juga berlaku selepas pertimbangan teliti perkembangan semasa dan maklum balas masyarakat khususnya masyarakat Islam bersiap sedia untuk menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

Menurut mereka, semua pihak yang terlibat, termasuk barisan artis seperti kumpulan tersohor Indonesia Ungu dan barisan artis tempatan iaitu Eda Ezrin, Ara Johari, Naim Daniel, Khai Bahar, Nabila Razali, Den Manjo dan Aswad Jalil, telah sebulat suara bersetuju dengan tarikh baharu itu iaitu pada 4 Mei 2024.

Acara “Ungu di Kuantan Bersama Artis Tanahair” bertujuan untuk mempamerkan warisan muzik yang pelbagai dan kerancakan budaya di rantau ini. Ia juga berfungsi sebagai sebuah tarikan pelancong yang penting dan pada asalnya bertujuan untuk meraikan budaya tempatan, mempromosikan apresiasi seni, dan meningkatkan ekonomi melalui penjualan produk tempatan sambil mengadakan pelbagai aktiviti di perkarangan Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang.

Dengan itu, pihak penganjur melalui kenyataan akhbar mereka itu telah memohon maaf yang setulus-tulusnya kepada semua pembeli tiket atas sebarang kesulitan yang disebabkan oleh penjadualan semula itu. Mereka juga memberi jaminan kepada pemegang tiket bahawa pembelian mereka akan kekal sah untuk tarikh baharu.

Selain daripada itu, pihak penganjur juga merakamkan ucapan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan semua pihak yang terlibat dan memohon maaf sekali lagi di atas sebarang kesulitan yang disebabkan oleh perubahan rancangan.

Poster untuk konsert tersebut yang ditunda oleh para penanjur…

Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page