September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Pesta Ketipang Payung Bukan Sekadar Acara Hiburan

2 min read
Spread the love

Nama Ketipang Payung yang diinspirasikan daripada bahasa melayu klasik bukan hanya hanya sebuah pesta keramaian tetapi sebuah pesta yang menghimpunkan pelbagai acara di bawah satu bumbung.

“Pesta Ketipang Payung ini adalah persembahan nyanyian yang akan didendangkan oleh barisan penyanyi yang terkemuka yang bertemakan tema klasik. Selain daripada acara persembahan nyanyian, terdapat pelbagai lagi acara menarik yang lain seperti Malam Pesta Muda Mudi, Pekan Sari, Cabutan Bertuah, dan selingan perlaksanaan program “1 Pakaian, 1 Senyuman”. Ujar Muhammad Amin Hakim Shahrom ketika ditemui media dalam majlis tersebut.

Muhammad Amin Hakim

Muhammad Amin Hakim selaku Pengarah Projek Pesta Ketipang Payung juga menjelaskan objektif utama pesta ini adalah untuk menyalurkan dana kepada Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hicom Shah Alam selama 2 tahun dengan menyediakan guru agama untuk anak-anak B40 dan mengumpul pakaian terpakai untuk disumbangkan kepada Nur kasih Charity Shop, dimana hasil jualan akan diinfaqkan kepada golongan yang memerlukan.

“Pihak kami juga menjemput anak-anak yatim dari Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras bagi mengeratkan lagi hubungan ukhwah antara mahasiswa university dan masyarakat setempat”, ujarnya lagi.

Kemuncak kepada ‘Pesta ketipang Payung’ adalah persembahan daripada artis tempatan seperti Dayang Nurfaizah, Aisha Retno, Aruel Ariel & The Fasola dan Adzrin Adzhar.  Mereka telah menyampaikan beberapa buah lagu antaranya Nak Dara Rindu, Umpan Jinak di Air Tenang, Ketipang Payung, Tari Tualang Tiga dan Mengapa di Rindu yang telah dipersembahkan oleh Dayang Nurfaizah.

Manakala Adzrin Azhar mempersembahkan lagu Jampi, Hati Muda dan Bossanova.  Aruel pula tampil dengan lagu Apa Guna Berjanji, Pabila Larut malam, Malam Pesta Muda Mudi dan Ada Ubi Ada Batas.  Sementara Aisha Retno dengan lagu Getaran Jiwa, Malam Ku Bermimpi dan Bunyi Gitar.

“Pesta Ketipang Payung” ini adalah anjuran REL-Event yang menghimpunkan  yang pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Acara UiTM Puncak Alam dengan kerjasama Alpha Runners Network yang telah berlangsung di Dewan Berlian, UiTM Puncak Alam, Kuala Selangor pada 16 Jun & 17 Jun 2023 yang lalu.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page