Pertukaran Lokasi Konsert Cinta Nostalgia Kris Dayanti ke PICC Demi Pengalaman Eksklusif Buat Peminat

Peminat seni suara dan pencinta nostalgia Nusantara boleh bersiap sedia untuk sebuah malam yang sarat emosi dan kemegahan apabila Konsert Cinta Nostalgia Kris Dayanti secara rasmi mengumumkan pertukaran lokasi penganjuran ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), menggantikan lokasi asal yang telah dirancang sebelum ini.
Pertukaran ini dibuat dengan mengambil kira keperluan untuk menawarkan suasana konsert yang lebih selesa, eksklusif dan imersif, selari dengan status diva tersohor Indonesia itu yang bakal kembali menggegarkan pentas Malaysia selepas hampir satu dekad.
Konsert yang dijadualkan berlangsung pada 22 Jun 2025 ini menandakan kemunculan semula Kris Dayanti ke Malaysia sejak persembahan terakhirnya menerusi Konsert Romansa pada tahun 2017. Penyanyi yang sinonim dengan gelaran Primadona Indonesia ini bakal mendendangkan rangkaian lagu-lagu malar segar yang telah menjadi runut emosi buat jutaan peminat selama berpuluh tahun.

Lebih menarik, konsert ini akan diserikan dengan gandingan orkestra megah di bawah pimpinan Pengarah Muzik tersohor, Erwin Gutawa, yang menjanjikan susunan muzik eksklusif dan menyentuh jiwa, menambah nilai artistik ke pentas malam tersebut.
Malam nostalgia ini turut dimeriahkan dengan penampilan dua bintang undangan istimewa – Mimi Fly, yang dikenali dengan persembahan penuh tenaga dan gaya kontemporari, serta Khai Bahar, penyanyi lelaki yang berjaya menambat hati ramai dengan suara lunaknya.

Gabungan tiga generasi bintang pentas ini bakal menghidupkan sebuah malam yang bukan sahaja mengimbau kenangan, tetapi turut menyatukan peminat dari pelbagai latar dan usia dalam satu pengalaman muzik yang mengharukan dan tidak mudah dilupakan.
🎟️ Tiket konsert masih boleh didapati menerusi UberTickets di pautan rasmi https://cintanostalgia.ubertickets.asia
Para peminat digalakkan untuk mendapatkan tiket lebih awal demi memastikan tempat dalam acara yang dijangka menjadi antara persembahan terindah tahun ini.