October 18, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Perpetual Bakal Menggegarkan Pentas di Eropah pada 2025

Spread the love

Perpetual, sebuah band Malaysia bergenrekan grindcore old school dari Sandakan, Sabah bakal membuat persembahan di beberapa negara Eropah pada tahun 2025. Pengumuman ini dibuat melalui laman Facebook rasmi mereka semalam (5 Oktober).

Menurut sebuah pautan di laman media sosial Facebook mereka, negara-negara yang akan mereka jelajahi dalam siri jelajah ini adalah Perancis (tarikh akan diumumkan), Belgium (tarikh akan diumumkan), dan Belanda yang akan menyaksikan persembahan mereka di Amsterdam Grind.

Selain itu, Perpetual juga akan membuat persembahan di Jerman (tarikh akan diumumkan), serta Republik Czech di mana mereka akan tampil di Obscene Extreme Festival, Battlefield Trutnov.

Maklumat lanjut mengenai siri jelajah Eropah kugiran ini akan diumumkan dalam masa terdekat.

Perpetual berjaya mendapat peluang untuk membuat persembahan di festival-festival tersebut selepas dijemput untuk bermain di Obscene Extreme Festival (OEF) di Republik Czech, salah satu festival grindcore terbesar dan paling berpengaruh di dunia.

Zam, ketua dan pemain bass Perpetual, turut menyatakan rasa teruja dengan jemputan ini dengan berkata “guys, introduksi dari penganjur OEF ini betul-betul buat aku dan Perpetual makin bersemangat untuk mengrinding dan sekaligus membasmi stigma-stigma negatif. Stayin’ alive & keep on grinding till the end of the world!”

Festival OEF merupakan pentas utama bagi band grindcore dari seluruh dunia dan menjadi tempat Perpetual untuk memperkenalkan muzik mereka kepada peminat di Eropah buat pertama kali. Perpetual, yang ditubuhkan pada tahun 1995, dikenali dengan bunyi grindcore yang dipengaruhi oleh band-band klasik seperti Napalm Death dan Agathocles.

Festival ini akan berlangsung dari 9 hingga 13 Julai 2025 di Battlefield, Trutnov, Republik Czech. Para peminat grindcore dijemput untuk menyaksikan persembahan Perpetual yang dijangka akan menggegarkan pentas dengan kombinasi blastbeats grindcore yang bertenaga dan irama d-beat yang liar.

Untuk peminat yang ingin menyaksikan persembahan mereka di OEF, Republik Czech, tiket boleh didapati di laman rasmi OEF:

🎟️ Tiket: https://tickets.obsceneextreme.cz

Berikutan pengumuman ini, Perpetual juga menggalakkan semua peminat grindcore untuk menyokong mereka dengan mencipta moshpit yang gila di setiap persembahan mereka, menunjukkan bahawa grindcore tiada sempadan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page