September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Permintaan Hati Letto Untuk Bertemu Di Ruang Rindu

2 min read
Spread the love

Oleh: Zizi Hashim

Pop Melankolik adalah genre yang dipertaruhkan, namun lagu-lagu mereka lebih meninggalkan kesan melalui seni lirik dan sastera bahasa yang tersurat, penuh rasa dan makna. Itulah Letto.

Tanggal 12 Januari tahun hadapan, ada temujanji diruang rindu yang ditagih oleh Noe (vokal), Patub (gitar), Cornel (bass), Widi (kibod) dan Dhedot (dram) dari peminat-peminat mereka di Malaysia setelah hampir 10 tahun tidak datang ke mari.

Ketika di tanya apakah muzik Letto masih relevan dengan lagu-lagu sekarang yang kebanyakan nya bernuansa ‘galau’, Noe santai memberitahu “Kami tidak bimbang hal itu, kami hasilkan karya kami dan go with the flow. Kami percaya diri dan percaya rezeki kerana lagu-lagu kami tidak compete tetapi lebih kepada communicate.” Noe bercerita lagi tentang lirik-lirik lagu yang dihasilkan nya tidak menetapkan lagu tersebut harus tentang apa. Terpulang kepada yang mendengar untuk menginterpretasikannya.

“Misalnya lagu Sandaran Hati, setelah 8 tahun, baru-baru ini dilabelkan sebagai lagu berkonsep ketuhanan. Pun boleh juga. Ini kerana lirik lagu kami lebih bersifat variasi rasa dan makna.”

Sempat meluang masa untuk sessi akustik pada petang itu, lagu “Ruang Rindu” ternyata sangat dirindui. Letto memberi jaminan akan mencipta momen-momen manis sempena merayakan ulangtahun karier mereka sambil menyuntik elemen istimewa dengan membalut nada-nada luar biasa dari Gamelan KiaiKanjeng.

“Kami akan menampilkan iringan gamelan daripada 20 orang pemuzik dari kumpulan Gamelan KiaiKanjeng diterbangkan dari Indonesia.  Selama ini, kami memang selalu bereksperimen dengan muzik tradisional dan komposisi lagu Melayu dengan sentuhan tradisional Minang,” tambahnya

Unik dan berbeda dari kebiasaan band dari seberang yang selesa berlatarbelakangkan muzik Orkestra, Letto memang mahu menjadi lain dari yang lain. Kolaborasi muzikal ini disifatkan oleh Qew Comm akan dipenuhi nostalgia.

Percaya pada konsitensi dan populariti yang dipegang Letto, pembukaan 2024 diharapkan akan menjadi tahun yang baik bukan saja buat Qew Comm tetapi buat rakan-rakan penganjur yang lain.

“Kami mungkin band kelas kedua kalau di negara kami, tapi sudi kiranya di sini kami tidak dinilai sebegitu. Datang konsert kami, kita akan larutkan anda semua dalam satu malam yang luar biasa, dan pulang dengan senyuman.” Ujar Patub penuh harapan.

Tandakan tarikh 12 Januari 2024, di Zepp KL kita berkongsi rasa gembira dan rasa cinta bersama Letto.

Buah tangan berkualiti dari Qew Communication kali ini sememangnya dijadikan sandaran utama untuk meraikan ulangtahun ke-20 lewat 5 buah album yang telah terhasil selama tempoh itu.

Nilai sentimental yang ada pada setiap bintang yang dihadirkan merupakan kriteria penting ketika Qew Comm melamar Letto. Pasti nya banyak hal menarik yang bakal dikongsi menjelang konsert itu nanti.

Buat yang hafal semua senikata lagu, pastikan anda merungkai permintaan hati Letto ini dengan mengunjungi laman www.ticket2u.com.my sebelum laku keras.   Dapatkan tiket yang sudah mula dijual bermula dengan harga RM159 atau nanti anda sendiri yang gigit jari.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page