September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Perjalanan 15 tahun Hyper Act bakal dirungkai di malam Konsert Reunion Hyper Act 15 Years Journey.

2 min read
Spread the love

Oleh: Sakka E

Mereka masih ada, masih bergiat aktif dalam industri hiburan tanahair biarpun berbeza aliran, mereka masih tetap ada.

Mula ditubuhkan pada sekitar tahun 2009, Hyper Act yang dianggotai oleh Firman Bansir(vokal utama), Toy Nizam(bass dan vokalis kedua), Freddy(gitaris utama), Etan(gitar kedua) dan Ejam(drum) bakal kembali disatukan dalam sebuah konsert bersempena sambutan ulangtahun yang ke – 15 penubuhan kumpulan ini.

Kerinduan jelas terpancar di wajah setiap anggota kumpulan ini terhadap para peminat mereka yang terus menerus menyokong mereka dan juga rasa terharu mereka kerana sehingga kini lagu – lagu mereka yang pernah popular suatu ketika dahulu terus diminati.

Konsert ini juga menjadi satu kesinambungan aktiviti Hyper Act selepas pelancaran lagu terbaru mereka berjudul “Pasti Terjadi” yang secara tidak langsung membuktikan yang kumpulan ini masih ada dan aktif dalam menghasilkan karya – karya seni muzika mereka yang sering didambakan oleh para peminat mereka.

Redvena bersama Redvena Musix selaku penganjur utama dengan kerjasama dari Talent Toy Production yakin konsert kali ini bakal berlangsung dengan jayanya memandangkan sokongan padu para peminat dan lagu – lagu popular mereka sentiasa segar berkumandang di corong corong radio. Mereka mensasarkan kehadiran seramai 5500 orang dari kalangan peminat yang sedia ada mahupun bagi yang baru mula meminati Hyper Act.

Memandangkan ini adalah konsert “reunion” pihak penganjur dan Hyper Act akan menggabungkan semula bekas – bekas anggota Hyper Act sebelum ini iaitu Ronnie Hussein(bekas vokalis utama), Kecik Ogie(bekas vokalis utama) dan Labib(bekas pemain drum). Dengan penggabungan ini ternyatalah bahawa konsert ini memiliki keunikan dan kelainan tersendiri dan amat berbeza dengan konsert – konsert yang pernah diadakan oleh Hyper Act.

Bertarikh 3 Februari 2024, bertempat di KWC StarXpo, Kuala Lumpur. Para peminat akan dihiburkan selama sekitar 2 jam dengan lagu – lagu popular mereka dan Hyper Act menjemput para hadirin untuk menyanyikan bersama sama lagu – lagu yang didendangkan pada malam konsert itu nanti, kerana ianya menjadi suatu kebiasaan dalam setiap konsert Hyper Act.

Tiket – tiket telah pun mula dijual pada 24 Oktober lepas dan setakat ini sambutan yang diberikan amatlah di luar jangkaan. Tiket yang berharga RM115(zon 5 berdiri) telah pun habis terjual. Namun bagi yang belum mendapatkan tiket boleh lah melayari laman sesawang www.ticket2u.com. Tiket – tiket berharga RM175(zon 4 berdiri), RM195(zon 3 berdiri), RM225(zon 2 berdiri), RM245(zon 1 berdiri), RM295(“Pasti Terjadi”, berdiri) dan RM250(meet and greet).


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page