February 28, 2026

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Perfect Italiano Lancar Trak Ramadan Pertama, Agih Hidangan Keju Percuma Sekitar Lembah Klang

Spread the love

Sempena Ramadan tahun ini, jenama tenusu terkenal, Perfect Italiano tampil dengan kelainan tersendiri apabila melancarkan trak makanan khas buat julung kalinya, demi menyantuni komuniti setempat.

Bermula hari ini hingga 12 Mac, trak Perfect Italiano akan menjelajah bazar Ramadan dan lokasi moreh di beberapa masjid sekitar Lembah Klang dengan mengedarkan hidangan berasaskan keju secara percuma kepada orang ramai.

Inisiatif berkenaan bukan sekadar memperkenalkan produk, sebaliknya menjadi platform menyatukan komuniti melalui makanan yang mudah, lazat dan memuaskan ketika waktu berbuka puasa serta moreh.

Setiap sajian yang disediakan memperlihatkan bagaimana keju Perfect Italiano mampu menjadikan hidangan tempatan lebih kaya rasa, berkrim dan tampil lebih menyelerakan. Ia sekali gus memberi inspirasi kepada keluarga untuk mencuba menu berbuka dan moreh yang lebih kreatif, namun tetap ringkas untuk disediakan di rumah.

Lebih menarik, suasana di beberapa lokasi terpilih dijangka lebih meriah dengan kehadiran pempengaruh popular tanah air seperti Hazeman Huzir, Akiejack dan Mark Warn.

Kehadiran mereka bukan sahaja menambahkan keterujaan pengunjung, malah menghangatkan lagi perkongsian di media sosial apabila orang ramai berpeluang berinteraksi secara langsung bersama personaliti kegemaran masing-masing.

Menerusi pendekatan turun padang ke bazar dan masjid, Perfect Italiano membuktikan komitmen mereka dalam mendekati masyarakat secara lebih dekat, sejajar dengan semangat Ramadan yang menekankan nilai kebersamaan dan perkongsian rezeki.

Orang ramai yang ingin mengetahui jadual penuh jelajah trak serta waktu kemunculan pempengaruh boleh mengikuti perkembangan terkini menerusi laman sosial Dairylicious Malaysia di Facebook, TikTok dan Instagram.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page