November 24, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Pencarian Bakat Bintang Lagu Klasik Iban Kini Kembali

Spread the love

Pertandingan pencarian bakat Bintang Lagu Klasik Iban kembali lagi tahun ini selepas kali terakhir pertandingan itu dianjurkan adalah pada tahun 2016. Maka dengan itu, pertandingan tersebut telah kembali dianjurkan semula tujuh tahun selepas kali terakhir ia dianjurkan. Edisi pertandingan tersebut pada tahun ini juga merupakan kali ketiga ianya diadakan selepas kali pertama ianya dianjurkan adalah pada tahun 2012. 

Apa yang juga menarik untuk edisi pertandingan tersebut pada tahun ini adalah penyertaan adalah terbuka kepada semua yang ingin mencuba nasib mempersembahkan lagu-lagu yang akan dinyanyikan di dalam bahasa Iban, tanpa mengira bangsa. Itulah yang didedahkan oleh penganjur pertandingan tersebut, Persatuan Anak Seni Iban Malaysia (Pasima).

Poster Pertandingan pencarian bakat Bintang Lagu Klasik Iban edisi tahun ini.

Maka dengan itu, penganjur pertandingan berharap pertandingan Bintang Lagu Klasik Iban tahun ini dapat menarik penyertaan daripada peserta dari Malaysia yang berasal daripada luar negeri Sarawak dan juga negara-negara yang berjiran dengan Malaysia seperti Indonesia dan Filipina atau di mana-mana sahaja, lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai minat untuk menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Iban. Ini adalah kerana matlamat utama penganjur adalah untuk mencari siapakah peserta yang mampu membawa lagu-lagu klasik berbahasa Iban ke suatu tahap yang tinggi.

“Kali ini, kami menyasarkan kualiti bukan hanya kuantiti. Oleh kerana itu, kami menjemput mereka dari luar Sarawak untuk menyertai supaya skop akan lebih luas, dan pada masa sama mempromosikan bahasa Iban,” kata pengerusi penganjur pertandingan tersebut dan pengerusi Pasima, Isa Lee pada sebuah sidang media yang diadakan baru-baru ini di Kuching, Sarawak.

Menurut Isa, beliau turut memaklumkan bahawa enam syarikat produksi muzik tempatan telah memberikan sokongan untuk menjayakan pertandingan tersebut dan syarikat-syarikat tersebut adalah Kaban Music Production (KMP), Twin Tone Production, OCH Sound Production, Gilson Production, Accoustic Studio 2.0 dan Hwllvard Media Works.

Beliau juga mendedahkan bahawa semua syarikat produksi ini juga bersetuju untuk menarik peserta sebagai artis rakaman mereka jika mereka bertemu penyanyi berpotensi sama ada pada uji bakat, separuh akhir dan akhir dan sebelum ini, pertandingan ini juga telah melahirkan artis rakaman yang berjaya, terutamanya Eisner Nala Jackson yang menjadi juara pada 2012 dan Tony Rumpang yang menang pada 2016.

Isa (duduk tiga dari kanan) dilihat bersama ahli jawatankuasa penganjur pertandingan dan pemilik serta wakil rumah produksi sambil menunjukkan poster pertandingan tersebut kepda para wartawan pada sebuah sidang akhbar yang diadakan sebelum ini.

“Ini juga menunjukkan syarikat-syarikat ini bekerjasama untuk membangunkan industri muzik tempatan dan saya berterima kasih atas sokongan mereka,” kata Isa.

Mereka yang ingin menyertai pertandingan Bintang Lagu Klasik Iban tahun bagaimanapun harus menyertai sesi uji bakat terlebih dahulu dan uji bakat akan diadakan pada 10, 17 dan 24 Jun di KMP Studio berhampiran Aeroville Mall di Kuching dan hanya mereka yang berumur 17 hingga 35 tahun boleh menyertai pertandingan tersebut. Peserta boleh menyertai uji bakat secara “walk-in” dari 9 pagi hingga 9 malam pada hari-hari tersebut.

“Daripada uji bakat, 15 akan dipilih untuk separuh akhir yang dijadualkan pada Ogos tahun ini (2023), dan peringkat final yang dijangka akan diadakan (secara tentatif) pada Oktober tahun ini akan menyaksikan 10 perserta akhir. Untuk uji bakat, peserta boleh menyanyikan mana-mana lagu Iban termasuk yang terbaru, dan mereka boleh menyanyi karaoke minus-one, acapella atau dengan alat muzik.

“Untuk mereka yang ingin menyertai pertandingan ini yang dari tempat lain di Malayisa selain daripada Sarawak dan juga dari luar negara pula, mereka mesti menghantar video persembahan mereka.

“Hanya untuk peringkat separuh akhir dan akhir pertandingan semua peserta dikehendaki menyanyikan lagu klasik Iban yang dicipta dan popular pada era tahun-tahun 1960-an sehingga 1990-an,” katanya.

Isa turut mendedahkan bahawa bekas peserta Bintang Lagu Klasik Iban seperti Jessica Remaya, Fierdarus Udin dan Valerie Thiam juga telah menjadi artis rakaman dan membuat persembahan di acara rasmi pertandingan Bintang Lagu Klasik Iban pada tahun ini juga.

Untuk edisi Bintang Lagu Klasik Iban tahun ini, hadiah menarik menanti pemenang – RM2,000 untuk tempat pertama, RM1,000 untuk tempat kedua, RM700 untuk tempat ketiga, dan hadiah saguhati RM300 setiap satu. Semua peserta juga akan menerima sijil dan hamper. Trofi untuk juara keseluruhan juga akan direka dan ditempah khas dari Kuala Lumpur oleh penganjur.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page