September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Pelbagai Hadiah Menarik Ditawarkan Suria FM Bersempena Ulangtahun ke 16

1 min read
Spread the love

Bersempena ulang tahun ke-16, Suria FM tawar pelbagai hadiah menarik secara percuma buat pada pendengar setia Suria FM pada 24 November 2023 (Jumaat) ini menerusi sesi soal jawab mudah di segmen Morning-Morning Suria, Gaya Suria, Suria Petang dan Suria Cinta bermula jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam!

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), “Bertepatan dengan ulang tahun Suria ke-16 pada jumaat ini, sebagai tanda penghargaan, kami berbesar hati memberikan hadiah istimewa kepada para pendengar setia Suria FM yang sentiasa menyokong kami sejak pertama kali Suria berada dalam industri radio tanah air”.

“Antara hadiah menarik yang boleh dimenangi seperti pakej percutian 2 Hari 1 Malam tajaan Royale Chulan Damansara, Royale  Chulan The Curve dan Premiera Hotel Kuala Lumpur, eksklusif Guitar yang ditanda tangan oleh barisan artis popular Malaysia, juga barangan eksklusif Suria antaranya ‘headphone’ Suria, Baju T-shirt, Sticker, beg ‘drawstring’ dan banyak lagi!” ujarnya.

Caranya mudah sahaja, selepas mendengarkan isyarat memanggil menerusi segmen Gaya Suria dan Suria Cinta, pendengar perlu menjawab soalan yang diajukan dan hantarkan butiran peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat emel berserta hashtag #SuriaFM16Tahun ke talian Whatsapp Suria 017-8961053.

Juga, jangan lupa saksikan ‘Live’ Tiktok  Morning Morning Suria dan Suria Petang di platform Suria Malaysia untuk menangi hadiah-hadiah tertera dengan hanya menjawab soalan di ruangan komen berserta hashtag #SuriaFM16Tahun.

Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page