July 16, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

PARK BO GUM Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun

Spread the love

Tiket Mula Dijual 15 Julai 2025

Pelakon popular Korea Selatan, Park Bo Gum, akan kembali bertemu peminat Malaysia selepas enam tahun menerusi siri jelajah fan meeting terbarunya, PARK BO GUM 2025 FAN MEETING TOUR [BE WITH YOU]. Acara yang dinanti-nantikan ini bakal berlangsung pada Sabtu, 13 September 2025, jam 5:00 petang di Idea Live Arena, Kuala Lumpur, dan dianjurkan oleh iMe Malaysia.

Park Bo Gum, yang dikenali menerusi drama-drama hits seperti Reply 1988, Love in the Moonlight, Encounter, serta drama terbaharunya When Life Gives You Tangerines, bakal menghadiahkan para peminat dengan malam penuh kehangatan dan momen yang tidak dapat dilupakan. Dalam drama tersebut, lakonannya sebagai Yang Gwan-sik terus mengukuhkan statusnya sebagai antara pelakon Hallyu paling berpengaruh masa kini.

Digelar sebagai “Nation’s Boyfriend”, Park Bo Gum bukan sahaja memikat hati dengan lakonan yang menyentuh emosi, tetapi juga dengan personalitinya yang tulus, berbakat dalam nyanyian serta pengacaraan. Persembahan pentas yang memukau dan interaksinya yang mesra menjadikan setiap pertemuan bersamanya satu pengalaman yang cukup istimewa bagi para peminat.

Harga Tiket dan Kategori: RM768 – BE WITH YOU Package, RM698 – PS1, RM598 – PS2, RM498 – PS3, RM398 – PS4 dan RM228 – PS5

Pakej eksklusif BE WITH YOU termasuk: Satu (1) tiket tempat duduk PS1, Satu (1) foto berkumpulan bersama Park Bo Gum (1:2), Satu (1) poskad bertandatangan (daripada set terpilih), Sesi Hi-Bye bersama Park Bo Gum dan Satu (1) poskad mesej istimewa

Semua pemegang tiket lain turut akan menerima: Sesi Hi-Bye bersama Park Bo Gum dan Satu (1) poskad mesej istimewa

Tiket akan mula dijual pada Selasa, 15 Julai 2025 jam 12:00 tengah hari (MYT) melalui platform rasmi: BookMyShow dan  Fantopia

Peminat dinasihatkan agar tidak membeli tiket daripada penjual tidak sah atau pihak ketiga bagi mengelakkan risiko penipuan dan tiket tidak sah. Pembeli BE WITH YOU Package juga perlu mengisi maklumat peribadi yang sah dan menunjukkan pengenalan diri asal untuk tujuan penebusan manfaat.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti saluran rasmi iMe Malaysia di Facebook, Instagram, YouTube, TikTok, X/Twitter, dan Xiaohongshu (小红书).


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page