Panggung Puting Beliung Tenxi – Day 2
11 Januari 2026 | Ikuti Tenxi dalam Malam Penuh Energi dan Kejutan
Selepas sambutan luar biasa dan tiket sold out dalam masa 30 minit untuk Hari Pertama, Tenxi kembali dengan pengumuman yang menggembirakan, Hari Kedua Special Show: Panggung Puting Beliung kini rasmi!
Malam kedua ini dijanjikan lebih dahsyat dengan pengalaman baru yang lebih mendalam. Tidak sekadar ulang tayang, Tenxi mahu membawa peminat merasai muzik tanpa batas, sing along bersama dan melepaskan segala tekanan hidup – semua dalam atmosfer penuh energi “puting beliung” yang mesra dan hangat.
Ikon hiburan Icon Entertainment mengesahkan bahawa line-up istimewa dari ANTI NRML akan diumumkan tidak lama lagi, menambah lagi elemen kejutan untuk Tenxiholic yang hadir. Tenxi sendiri menyifatkan sokongan peminat sebagai sumber warna, semangat dan kekuatan sepanjang perjalanan kariernya. Day 2 ini dibuka sebagai hadiah untuk semua peminat yang tidak sempat mendapatkan tiket Hari Pertama.

Dengan lokasi dan masa yang sama seperti Hari Pertama, Tenxi menjemput peminat untuk LOCK THE DATE: 11 Januari 2026. Misi Tenxi jelas: “Take a sip and let’s ESCAPE from STRS…” – membawa peminat seketika keluar dari kesibukan dunia ke ruang muzik yang sarat dengan tenaga, penawar dan MAGIC.
Peminat boleh mendapatkan tiket yang berharga RM 250 – hoRRReg, RM 220 – Apa Lagi, RM 180 – 1/10, RM 150 – Cuba Lagi dan RM 5,000 – Puting Beliung Box (termasuk 10 pax + Signature Poster & F&B Snacks)


Jualan tiket dibuka Rabu, 10 Disember 2025, jam 3:00 petang dan tersedia di Ticket2U. Dengan harga yang mesra peminat, Tenxi berharap seluruh Tenxiholic dapat merasai kehangatan, energi, dan MAGIC secara langsung.
