September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Paluan ‘Gendang Pati’ Bakal Bergema Di Kuala Lumpur November Ini

2 min read
Spread the love

Berpaksikan muzik Melayu yang diadunkan dengan elemen irama moden bakal menjanjikan satu kepuasan kepada peminat muzik apatah lagi jika kepuasan itu bertambah apabila pesta keramaian muzik Melayu itu dibawakan oleh seorang legenda yang terkenal dengan semangat nusantara.

Konsert yang bakal diadakan di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre pada 18 November 2023 pada pukul 8 malam itu dijenamakan sebagai Gendang Pati bagi meraikan rentak yang berdasarkan muzik dunia dengan elemen kepulauan nusantara menjadi inti pati irama.

Menurut Dato’ M Nasir, Gendang Pati ini diadakan versi Kuala Lumpur kerana sedar kecintaan dan kecanduan penggemar yang sentiasa mahu melihat dirinya beraksi di atas pentas sebagai sebuah lambing kelangsungan kariernya yang sentiasa hidup tak lapuk dek zaman.

“Gendang Pati ini boleh dikatakan macam satu keramaian dan boleh juga kita katakan, pati gendang itulah di balik falsafah gendang itu. Ini bukan tentang saya seorang tapi indikasi sihat industri muzik dan perkembangannya yang sentiasa positif. Yang pastinya, malam itu nanti akan dipenuhi dengan bunyi-bunyian gendang yang pasti membuatkan semua berdendang bergoyang”, ujar beliau menerusi satu kenyataan akhbar yang di keluarkan baru-baru ini.

“Saya harap Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur akan menjadi sebuah lagi persembahan saya di tahun ini yang mampu membantu mengisi kecanduan semua terhadap karya saya,” ujar M.Nasir

Konsert kali ini akan dibarisi pemuzik-pemuzik hebat yang menjadi tulang belakang M.Nasir iaitu pengarah muzik dan pemain gitar- Nan Alias, gitar rhythm- Rafi Mohd, bass- Norman , keyboard- Firdaus Mahmud dan Eddie Slam, dram- Ujang Exists serta penyanyi latar vokal- Eja, Widy, Yuaz & Awe 

Ini dikuatkan lagi dengan kehadiran pemain perkusi utama- Paang, perkusi tradisional- Mat Din, pemain perkusi – Che Long dan Anas. Juga ditambah dengan kemunculan Awe selaku pemain perkusi, rebab, serunai dan penyanyi jemputan.

Selain mempersembahkan M Nasir, pesta muzik ini akan diterbitkan oleh Roman Abadi Sdn Bhd yang pastinya memperkuatkan Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur bakal mempersembahkan sebuah konsert yang menusuk jiwa dan meninggalkan momen istimewa pada malam itu nanti.

Untuk menyaksikan Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur, tiket dengan beberapa kategori harga boleh didapati di laman web MyTicket.Asia.

Tiket-tiket berharga RM228 (Bronze), RM258 (Silver), RM388 (Gold), RM428 (Platinum), RM488 (Diamond) dan RM888 (Meet & Greet).

Selain layari MyTicket.Asia, tiket boleh dibeli di [email protected] atau hubungi talian hotline 03 8605 0195. Pesta Gendang Pati Datuk M Nasir akan dibawakan oleh MND SPORT & EVENT SDN BHD.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page