September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

‘One Barchiel – A Salutant’ Sebuah Penghargaan Istimewa

1 min read
Spread the love

“One Barchiel – A Salutant” merupakan album kompilasi yang menggabungkan artis-artis baru dan lama yang merakamkan semula karya-karya dari komposer One Barchiel. Antara nama yang paling menonjol yang terlibat dalam kompilasi ini adalah Ajinrabak atau lebih dikenali sebagai Ajin Blackrose iaitu vokalis kumpulan Blackrose yang pernah popular dengan lagu-lagu seperti Penantian dan Cinta Abadi pada era 90’an dahulu.

One Barchiel adalah satu nama yang tidak asing dalam arena muzik underground. Karya-karya beliau lebih sinonim bersama kugiran lama beliau As-Sahar di mana beberapa lagu-lagu seperti Tinggam, Senandung Suralaya, Meditasi Embun Pagi & Aku Ratapi menjadi antara yang diminati ramai. One Barchiel yang kini menubuhkan kugiran Phenomistik setelah meninggalkan As-Sahar pada tahun 2012, masih aktif dalam pembikinan album-album Phenomistik serta beberapa projek-projek beliau yang lain, antaranya Zibethinus dan Karamah.

Kompilasi ONE BARCHIEL- A SALUTANT ini dikeluarkan oleh syarikat rakaman Shah Honda Music dan dilihat sebagai satu langkah untuk memartabatkan One Barchiel ataupun nama sebenar beliau Ridzuan Aziz sebagai seorang komposer dan penulis lirik. Diterbitkan secara fizikal, ianya sudah mula berada di pasaran sejak 1 Ogos 2023. CD berharga Rm35 dan kaset berharga Rm30 boleh didapatkan melalui Shah Honda Music (hubungi melalui Facebook Shah Honda Music atau talian 019-6057720)

Ajin tampil dengan 2 lagu iaitu Minda Bersaru dan Aku Ratapi. Lain-lain artis yang turut terlibat dalam album ini adalah Abiardh, Narzuk, Whoinsideband serta Hafiz Khusini – satu bakat baru yang One Barchiel temui di YouTube.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page