October 18, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

OMG Oktoberfest 2024 Menjanjikan Pesta Meriah di Monkeys Canopy Resort

Spread the love

OMG Oktoberfest 2024 akan diadakan pada 25 hingga 27 Oktober 2024 di Monkeys Canopy Resort. Festival selama tiga hari ini menawarkan pelbagai acara menarik untuk memenuhi citarasa semua pengunjung, dengan tema “All the fun in just one roof!”

Hari pertama festival pada 25 Oktober akan dimulakan dengan “Craving Food Festival” dan “Chill on Hill Festival,” yang menjanjikan pelbagai hidangan lazat untuk dinikmati. Pesta makanan ini akan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan kemasukan percuma. “Chill on Hill Festival” juga menawarkan pelbagai aktiviti dan jualan menarik.

Pada hari kedua, 26 Oktober, pengunjung akan dihiburkan dengan dua acara utama. Bermula dari pukul 5 petang hingga 7 malam, “Tour de Fun Run” akan diadakan bagi peminat sukan dan kecergasan. Pada malamnya, dari pukul 8 malam hingga 2 pagi, sebuah Rave Party akan berlangsung menampilkan artis-artis terkenal seperti Chukiess & Whackboi, Nahsyk, Sherry Alyssa, dan Janiss Foong.

Hari terakhir festival, 27 Oktober, akan ditutup dengan gaya melalui Hip Hop Tea Dance Party dari pukul 3 petang hingga 7 malam. Acara ini akan menampilkan barisan artis hip hop tempatan yang mengujakan termasuk Aman Ra, MK, Benzooloo, DJ Fuzz, K.O.I, 53 Universe, B-Heart, dan Danial Bogers.

Untuk acara Rave Party dan Hip Hop Tea Dance Party, setiap pembelian tiket akan mendapat minuman ringan percuma, goodies, dan tempat letak kereta percuma. Ia juga merupakan festival yang bebas alkohol.

OMG Oktoberfest 2024 dianjurkan oleh OMG Music Festival dengan kerjasama Idea Music KL. Festival ini disokong oleh rakan strategik MLB, penaja venue Monkeys Canopy Resort, dan pengurusan artis oleh Asia Empire.

Tiket untuk acara-acara khas boleh dibeli melalui laman web rasmi di www.omgmusicfestival.com. Orang ramai dijemput untuk mengambil bahagian dalam festival yang menjanjikan keseronokan dan hiburan tanpa henti ini.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page