November 24, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

‘Nyawa dan Roh’ Antacid Seakan Dikembalikan

Spread the love

Antacid bukanlah satu nama baru dalam arena muzik underground, band yang berpaksikan muzik thrash metal ini telah ditubuhkan sekitar awal tahun 2000an.  Ketika itu mereka berusia belasan tahun, dikala muzik Thrash Metal sudah hampir dilupakan pada di awal tahun 2000 lalu.

Antacid adalah pengerak awal dan mengembalikan kegemilangan muzik Thrash Metal, kemunculan mereka seumpama memberi nyawa kepada irama thrash metal sehingga menjadi fenomena. Mereka adalah bom jangka yang telah meledak dengan diikuti band-band tempatan lain yang berminat untuk bermain muzik thrash metal.

Sebuah band Traditional old School Thrash Metal dari Kajang Selangor mengumumkan Ahli baharu , iaitu Sean Cumming sebagai vocalis dan Faris mengambik tempat pemain drum. 

Bermula dengan Demo tape ‘Living In Disorder’ 2003 kemudian Thrashing Mania 2004, Steel Thrashing Massacre 2006, split album bersama band dari Italy dan Sweden. 2005, split Album bersama band Hatred dari Colombia, Antacid juga pernah mengeluarkan Album Kompilasi dikeluarkan oleh label metal dari Jerman didalam bentuk Piring Hitam bertajuk ‘Atomic Thrash Acid’ kemudian dikeluarkan semula dalam bentuk CD oleh label dari negara Jepun. Antacid bukan saja terkenal Malaysia malah diluar negara. 

Antacid telah kehilangan vokalis asalnya iaitu Sen atau dikenali dengan nama Sen Nightcrawler yang keluar dari band Antacid dan menubuhkan band Lobotomy pada tahun 2010, Sen kemudiannya ingin membuat comeback bersama Antacid pada tahun 2015, namun tidak kesampaian , Antacid terpaksa meminjam vokalis dari kumpulan Vault iaitu Fizan dan bermain show di Rock The World 15 di Bukit Jalil Kuala Lumpur pada tahun 2015. 

Pada tahun 2017 Antacid mengeluarkan material baharu bertajuk ‘Force Of Thunder’ EP sebanyak 5 buah lagu dalam bentuk CD, dikeluarkan oleh Basement Records dan membuat tour.  Mereka juga telah melancarkan album ‘Force Of Thunder’ di Osaka Jepun , beraksi di True Thrash Festival di Jepun berkongsi pentas bersama band Thrash metal legenda dari Jerman iaitu Darkness dan S.D.I serta beberapa band dari Jepun Australia, Finland dan Thailand. 

Antacid telah dijemput bermain di Siamese Metal Festival bertempat di Bangkok Thailand. kemudian berhenti seketika kerana pendemik covid yang melanda dunia.

Pada tahun 2019 Arena muzik Underground tempatan bersedih dengan pemergian penyanyi Asal Antacid iaitu Arwah Sen atau nama sebenarnya Sarda bin Parin telah kembali ke rahmahtullah .

“Antacid bercadang mencari ahli baru terutamanya penyanyi tetap, penyanyi sebelum ini kami cuma meminjam sahaja bukan tetap, pernah offer penyanyi lain di kalangan budak metal tempatan, tapi kebanyakkannya takut dan agak berat untuk membawa nama Antacid yang sudah berusia 20 Tahun ni”, ujar Rexx yang juga permain gitar Antacid . 

Bertemu dengan penyanyi baru Sean Cumming anak muda yang berumur 23 tahun dari Australia ‘anak orang putih Pan Asia’ dengan minat yang mendalam muzik Thrash Metal. Sean Cumming dan Faris dari kumpulan Punisher seumpama memberi nyawa buat Antacid untuk meneruskan legasinya.

Di bawah lembayung Sean Cuming – vokalis, Rexx – gitaris, 1.2 Kill – gitaris, Thunderbolt – bassis dan Faris –drum.  Antacid kini sedang membuat latihan lagu baru yang bakal dikeluarkan bersama penyanyi baru dan ada beberapa lagu lama akan diberi nafas baharu versi Sean Cumming juga bakal mengadakan Show gig tidak lama lagi.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page