September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Nidji Bakal Temui Peminat Di Miri Februari Ini

2 min read
Spread the love

Nidji Bakal Gegarkan Miri menerusi Cakra Konsert ‘Nidji: Pelangi Di Miri di bawakan oleh Northbound Events dengan kerjasama SpaceTwo Sdn Bhd yang akan memikat hati penonton pada 3 Februari 2024 nanti.

Konsert yang menampilkan penyanyi terbaru, Ubay, ke dalam keluarga Nidji bakal menerajui kebolehan vokal luar biasa dengan aura energik Nidji dijangka membawa pengalaman baru kepada peminat-peminat setia di Miri. Konsert yang bakal berlangsung di Eastwood Valley Golf & Country Club ini dijangka dihadiri oleh 2500 peminat dari yang bukan sahaja dari sekitar Miri dan Brunei malah mendapat perhatian dari Nidjiholics dari Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang.

Konsert ini turut dimeriahkan dengan penampilan 2 kugiran tersohor tempatan, D_Va dan MonoSterio yang bertindak sebagai artis pembuka konsert ini. D_Va yang kini dianggotai oleh Kesha, Zarul, Don Guerzo dan Amar Hamka, sedang giat dalam proses rakaman EP terbaru mereka yang bakal terbit pada tahun ini. Penampilan mereka kali ini turut menjadi langkah pemasaran dalam usaha mempromosi single terbaru mereka‘Insta Famous’ yang bakal diterbitkan tidak lama lagi.

Monosterio juga tidak ketinggalan dalam mempromosikan kemunculan muzik video terbaru ‘Jerangkung’ pada 4 Januari lalu yang turut menjadi OST filem ‘Banglo Seksyen 12’. Mereka yang kini giat beraksi dalam sirkit muzik indie tempatan turut meluahkan kegembiraan mereka sebagai artis pembuka konsert ini yang juga mencoret permulaan perjalanan mereka pada tahun 2024.

Tidak kurang juga, Nidji bakal melancarkan album baru mereka pada tahun ini yang bakal menyajikan Ubay buat pertama kali dalam album mereka selain repertoar yang mencakup hits terbaik Nidji, bersama dengan kejutan-kejutan khas untuk para peminat setia. Konsert ini akan menyaksikan pecahan yang dinamik, harmoni yang memukau, dan performa panggung yang luar biasa seterusnya bakal menjadi pengalaman tak terlupakan bagi peminat muzik di sekitar Miri.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan band yang telah merevolusikan dunia muzik Indonesia ini, secara langsung di Miri dan sertai kami untuk pengalaman muzik yang tidak dapat dilupakan.

Peminat boleh mendapatkan tiket yang dijual dengan beberapa kategori antaranya Meet and Greet (6Pax/Group)  RM1549, Heaven (Earlybird) RM179,Laskar Pelangi (Rock Zone) RM239, Hapus Aku (Type B) RM199 dan BiarLah (Type C) RM159.

Tiket boleh didapati di ZOSO MUSIC atau secara atas talian di laman sesawang Ilassotickets.com . Sebarang pertanyaan mengenai tiket, sila hubungi 011 1943 1705.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page