September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Nantikan Konsert Revolusi – Sofea Legacy & SYJ Pewaris Yang Menjanjikan Nostalgia Rock Malaysia 80an

2 min read
Spread the love

Sofea Legacy dan SYJ Pewaris bakal berkongsi pentas yang diberi gelar konsert “Revolusi – Sofea Legacy & SYJ Pewaris” yang direncanakan akan berlangsung pada 13 Julai ini.

Menurut para penganjur konsert tersebut, mereka telah berusaha gigih untuk menggabungkan buat pertama kalinya dan setelah sekian lama kumpulan-kumpulan tersebut. Usaha mereka itu juga beserta dengan pengenalan kepada anggota-anggota baharu yang akan membantu kumpulan-kumpulan tersebut menjayakan konsert itu.

Dianjurkan oleh Mentari Merah Entertainment dan disokong oleh SYJ Entertainment, Aliph, dan rakan kongsi lain, Konsert Revolusi – Sofea Legacy & SYJ Pewaris tersebut menjanjikan sebuah malam untuk diingati dan para peminat kedua-dua kumpulan tersebut.

Selain daripada itu, petanda kepada keterujaan para peminat kedua-dua kumpulan tersebut terhadap konsert tersebut mungkin boleh dilihat juga pada pelancaran album terbaharu SYJ Pewaris, “Kembalilah” baru-baru ini yang cepat menjual cetakan pertamanya sebanyak 300 unit.

Penganjur konsert tersebut juga mendedahkan bahawa acara tersebut akan berlangsung tanpa henti selama 3 jam di Warisan Hall, Sijangkang, Telok Panglima Garang dan juga akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran kumpulan Bloodbrothers yang mengisi slot pembukaan konsert tersebut.

“Bersedia untuk dibawa kembali ke zaman kegemilangan muzik rock apabila kumpulan ikonik Sofea Legacy dan SYJ Pewaris bersiap sedia untuk menyerlahkan pentas dengan malam klasik yang tidak dapat dilupakan dan lagu hits baharu. Peminat boleh menjangkakan nostalgia, kenangan dan keterujaan yang memeningkan kepala apabila kumpulan-kumpulan legenda ini menjadi tumpuan utama.

“Setiap kumpulan akan mempunyai set selama 45 minit untuk memikat penonton dengan lagu-lagu abadi mereka dan membuat debut ciptaan terbaru mereka. Dengan lebih 20 lagu dalam barisan, termasuk lagu kegemaran seperti Orang Timur, Bunga Padang Pasir dan Mata Sepet, para hadirin mengikuti perjalanan epik melalui sejarah sejarah rock.

“Bertemakan suasana rock yang meriah pada tahun 80-an, penonton konsert digalakkan untuk merangkul semangat era itu dan memakai pakaian rocker terbaik mereka. Menambahkan lagi keterujaan, acara itu akan menampilkan pertandingan Best Rockers Outfit dan cabutan bertuah dengan hadiah menarik seperti Kasut Aliph dan barangan elektrik Fung Keong,” kata penganjur konsert tersebut pada sebuah sidang media yang diadakan baru-baru ini.

Bercakap pada sidang media itu, Alang, vokalis dan ahli paling lama SYJ, bersama Fancy of Sofea, berhasrat untuk meneruskan legasi kumpulan mereka, memastikan peminat merasai intipati sebenar muzik rock. Selain daripada itu, Alang juga melahirkan rasa teruja dengan pendekatan konsep album terbaharu SYJ Pewaris, yang memberi penghormatan kepada era rock 80-an.

Menonjolkan perpaduan antara kumpulan-kumpulan itu, Fancy menekankan kepentingan konsert itu sebagai perayaan integriti dan kegemilangan muzik rock. Manakala apabila acara semakin hampir, jangkaan membina untuk kerjasama mengejut antara SYJ dan Sofea, menjanjikan kesudahan yang tidak dapat dilupakan.

Pembelian tiket konsert ini boleh dilakukan dengan menghubungi Mentari Merah (019-2407994) dan Chip Malaya (019-6947784) secara langsung. Tiket berharga RM90 sahaja (bagi 100 pembelian terawal akan mendapat poster) manakala Tiket Pakej VIP berharga RM180. Pakej termasuklah Tshirt, Tag Lanyard, Poster dan Makanan Ringan.

Oleh kerana penganjur konsert ini mengatakan bahawa konserti ini adalah sebuah peluang jarang ini untuk menyaksikan dua legenda rock berkongsi satu pentas, mereka dengan itu berharap para peminat-peminat muzik rock Malaysia tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan konsert tersebut.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page