October 1, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

NAKI & Mitty Zasia Satukan Muzik Nusantara Menerusi ‘Lepas Pegangan”

Spread the love

Selepas mencuri perhatian menerusi single “Masa” bersama Fahimi, penyanyi penulis lagu Malaysia, NAKI kini melangkah lebih jauh dengan mengikat kolaborasi serantau. Beliau bersatu tenaga bersama penyanyi-penulis lagu Indonesia, Mitty Zasia yang pernah mencatat fenomena di Malaysia dengan lagu “Yang Lain Boleh Hilang Asal Kau Jangan” untuk mempersembahkan single terbaharu berjudul “Lepas Pegangan.”

Mengangkat tema melepaskan, menerima, dan berdamai dengan kenyataan, lagu ini lahir daripada sesi perkongsian pengalaman peribadi antara kedua-dua artis. Dicipta sepenuhnya oleh NAKI dan Mitty, “Lepas Pegangan” menampilkan paduan dua gaya penulisan berbeza namun saling melengkapi, menjadikannya lebih daripada sekadar lagu patah hati.

“Bagi saya, lagu ini membawa makna yang cukup mendalam. Sejak awal, saya dan Mitty banyak berkongsi kisah masing-masing. Dari situ kami sedar lagu ini terbuka untuk pelbagai tafsiran, agar siapa pun yang mendengar dapat merasa dekat dengannya,” kata NAKI.

Kolaborasi ini bermula secara spontan sewaktu NAKI menghadiri sebuah writing camp di Yogyakarta. Pertemuan singkat di studio Mitty akhirnya berkembang menjadi projek bersama. Rakaman penuh dijalankan di kota tersebut, dengan pengalaman pertama NAKI terus menuju ke studio sejurus tiba di lapangan terbang.

Selain itu, penggambaran official visualizer dijalankan secara ringkas namun intim – NAKI dan Mitty merakam bahagian masing-masing dengan kamera sendiri, membolehkan NAKI merasai suasana kota Jogja buat pertama kali selepas jadual penulisan dan rakaman yang padat.

“Nggak lama sebelum ketemu NAKI, aku baru tulis lagu ini. Feelingku langsung bilang lagu ini harus featuring. Begitu ketemu NAKI, aku tawarin, dan dia langsung tertarik. Hari pertama workshop, hari kedua take guide, dua minggu kemudian produksi musik selesai. Semuanya mengalir begitu cepat,” jelas Mitty.

NAKI berharap “Lepas Pegangan” mampu menjadi jambatan untuk memperkenalkan peminat muzik Malaysia dan Indonesia antara satu sama lain.

Single ini kini boleh distrim di semua platform digital, manakala Official Visualizer boleh ditonton di saluran YouTube rasmi NAKI. Pautan Visualizer: NAKI, Mitty Zasia – Lepas Pegangan (Official Lyric Visualizer)


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page