April 22, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Musica Fest 2025: Lima Pemuzik, Lima Rasa, Satu Pesta Muzik yang Menggamit Jiwa

Spread the love

‘Dibintangi’ Nidji, Geisha, D’masiv, Shakira Jasmine, Steven Pasaribu

Menampilkan gabungan unik lima nama besar dari Indonesia yang berbeza genre dan gaya, Musica Fest anjuran Shiraz Projects dengan kolaborasi Musica Studio’s bakal menjadi sebuah pesta muzik yang wajib dihadiri peminat muzik serantau.

Berlangsung pada 16 November 2025 di Axiata Arena, Kuala Lumpur, acara ini bakal menyaksikan persembahan istimewa daripada Nidji, Geisha, D’Masiv, Shakira Jasmine, dan Steven Pasaribu – satu barisan pemuzik yang mewakili kepelbagaian irama dan generasi.

Kalau anda membesar dengan lagu Hapus Aku dari Nidji, atau pernah dilumpuhkan oleh Lumpuhkan Ingatanku dari Geisha, inilah peluang emas untuk menyanyikan lagu itu langsung bersama artisnya di pentas Malaysia!

Lebih istimewa, Musica Fest turut memperkenalkan dua bintang muda – Shakira Jasmine, finalis The Voice Kids Indonesia, dan Steven Pasaribu, pelantun lagu viral Belum Siap Kehilangan. Buat mereka berdua, ini adalah debut besar di Malaysia.

Menurut pengasas Shiraz Projects, Shirazdeen Karim, pemilihan lima pemuzik ini adalah kombinasi ideal antara legenda dan bintang baharu yang sedang mencorak langkah di persada seni.

“Nidji, Geisha dan D’Masiv bukan lagi nama asing buat peminat muzik Malaysia. Namun permintaan untuk menyaksikan mereka secara langsung kekal tinggi. Musica Fest juga memberi pentas buat dua wajah baharu berbakat besar – Shakira Jasmine dan Steven Pasaribu – memperkenalkan diri kepada khalayak tempatan.”

 “Saya menyifatkan Nidji, Geisha dan D Masiv misalnya bukan ‘pemain baharu’ dalam lapangan ini tetapi permintaan peminat untuk mendengar dan menonton persembahan mereka di Malaysia masih tinggi.

Menurut Shiraz lagi, mereka sengaja memilih pemuzik dengan pelbagai latar belakang dan genre muzik berbeza sesuai penjenamaan Musica Fest yang disifatkan sebagai pesta bunyi-bunyian yang beragam.

Bagi Nidji, ikut terlibat dalam Musica Fest bersama rakan seperjuangan seperti D’ Masiv dan Geisha serta dua ‘pemain baharu industri’ iaitu Shakira Jasmine dan Steven Pasaribu sebagai sebuah kesempatan yang tidak boleh ditolak.

“Lagi pula sudah lama benar Nidji tidak main sepanggung bersama Geisha dan D’Masiv. Kemudian punya dua lagi sahabat muzik yang mahu kita raikan kerana seperti menyambung terus legasi muzik Indonesia agar terus berkembang dan maju, Shakira dan Steven, maka Musica Fest adalah pesta yang wajib kalian datangi,” ujar Nidji.

Untuk menikmati persembahan bertenaga dan luar biasa daripada Nidji, D’ Masiv, Geisha, Shakira Jasmine dan Steven Pasaribu, jangan sampai terlepas mendapatkan tiket-tiket dengan beberapa kategori seperti disediakan pihak penganjur.

Jangan sampai tidak menghafal juga ‘lagu kebangsaan’ Nidji seperti Hapus Aku atau Sumpah dan Cinta Matiku, Haunting dan Cinta Tlah Terlambat dari Steven Pasaribu, Stalking dan Benar Salah (Shakira Jasmine), dari D’ Masiv seperti Cinta Ini Membunuhku serta lagu ‘berhantu Geisha iaitu Lumpuhkan Ingatanku.

Tiket dengan harga dan kategori RM398 (Diamond), RM198 (Platinum), RM158 (Gold), RM188 (Rockzone – Free Standing) akan mula dijual pada 23 April 2025 bermula pukul 10 pagi.

Peminat boleh mendapatkan tiket dengan melayari : www.myticket.asia sebarang pertanyaan boleh hubungi 0386050196 atau Info Hotline : 0122560082.  Untuk mendapatkan perkembangan terkini boleh ikuti laman sosial Facebook : shirazprojects atau Instagram : shirazprojects


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page