Mimi Fly & AirAsia Terbang Tinggi Dengan “#SerumpunSkyDance”

Tarian di Landasan, Irama Serumpun, Semangat Raya Serantau
Selepas mencipta fenomena dengan Serumpun, Mimi Fly kembali menggegarkan industri dengan satu lagi ledakan budaya—kempen eksklusif “#SerumpunSkyDance” bersama AirAsia! Kolaborasi ini bukan sekadar meraikan muzik dan tarian, tetapi membawa semangat perpaduan Asia Tenggara ke aras baharu, terus dari landasan AirAsia yang ikonik.

Dalam pengalaman visual luar biasa ini, Mimi Fly dan kumpulan penari dinamik tampil memukau dengan koreografi bertenaga, berlatarbelakangkan pesawat AirAsia yang megah. Simbol kebanggaan serantau ini kini boleh disaksikan di semua platform digital rasmi AirAsia:
📌 TikTok: @flyairasia
📌 Instagram: @flyairasia
📌 YouTube: AirAsia Channel
📌 META, Google & Digital OOH
“Berdiri di landasan dengan pesawat AirAsia di belakang kami benar-benar terasa seperti satu lambang besar—Serumpun bukan sekadar lagu, ia adalah gerakan yang menyatukan kita semua!” ujar Mimi Fly penuh semangat.
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Mimi Fly turut mengumumkan pelancaran versi Dolby Atmos pertama untuk Serumpun! Dihadun oleh maestro muzik Taja Mustapha, versi ini memberikan pengalaman bunyi yang lebih mendalam, kaya, dan imersif—membawa pendengar ke dimensi baru dalam menikmati lagu ini.

“Dolby Atmos benar-benar mengubah cara kita mendengar muzik. Setiap lapisan lagu kini lebih jelas, lebih mendalam—ini adalah satu pencapaian yang sangat bermakna dalam perjalanan muzik saya.” – Mimi Fly
Kempen ini tiba pada detik yang sempurna—ketika Serumpun sedang menguasai carta digital dan trending di media sosial. Malah, versi suntingan rasmi video muziknya yang baru dilancarkan telah mengumpul lebih 1 juta tontonan dalam hanya 4 hari.

“#SerumpunSkyDance” bukan sekadar sambutan Raya—ia adalah gerakan budaya. Ia tentang membawa muzik, tarian, dan semangat perpaduan dari darat ke udara, dari Malaysia ke seluruh Asia.”