April 13, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Michael Wong Kembali ke Tanah Air Dengan Konsert Yanga Bakal Melakar Sejarah

Spread the love

Tiket Konsert “Never Apart. Lonely Planet 3.0”, Akan Dijual Dengan Harga RM199 Sempena 30 Tahun Beliau Dalam Muzik

Jika anda pernah menitiskan air mata di Lonely Planet pada tahun 2018…
Jika anda masih dihantui penyesalan kerana terlepas Lonely Planet 2.0 pada 2024…
Maka Never Apart. Lonely Planet 3.0 pada 2025 adalah momen yang anda tidak boleh lepaskan.

Selepas tujuh tahun, Michael Wong, penyanyi dan komposer kesayangan ramai, akhirnya pulang ke tanah air untuk satu malam yang bakal menggetarkan emosi dan mencipta sejarah. Bukan sahaja buat dirinya, tetapi juga buat puluhan ribu hati yang telah setia bersama beliau dalam tiga dekad perjalanan muzik yang penuh warna dan rasa.

Konsert kemuncak Never Apart. Lonely Planet 3.0 bakal berlangsung pada 19 Julai 2025 di lokasi penuh simbolik iaitu di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.  Dimana tempat segalanya bermula dan kini menjadi saksi kepada detik penutup yang agung.

Dan kejutan paling menyentuh jiwa? Semua tiket dijual pada harga seragam RM199 sahaja.
Satu harga, satu hati. Hadiah paling tulus dari Michael Wong buat peminat tanah air yang tidak pernah beralih arah.

Dibawakan oleh XYmusic.com dan dikoordinasikan oleh Altus ProHouse, dengan MELODY sebagai rakan radio rasmi serta XUAN, YesBoss dan 8TV sebagai rakan media — konsert ini bukan sekadar persembahan muzik. Ia adalah perayaan kasih sayang, kenangan yang hidup semula, dan persahabatan abadi antara seorang artis dan peminat-peminatnya.

Kembali ke tahun 2018, Michael mencatat sejarah sebagai artis Malaysia berbangsa Cina pertama yang mengadakan konsert solo di Stadium Merdeka. Kini, beliau bersedia untuk mencipta satu lagi memori abadi, lebih besar, lebih intim, dan lebih menyentuh sanubari.

“Ini adalah perjalanan yang saya mahu lalui bersama para peminat.
Sama ada anda pernah hadir ke konsert saya sebelum ini, atau anda terlepas peluang itu — kali ini, marilah kita bersatu, menyanyi, merasa, dan tersentuh bersama.”ujar Michael Wong

Segala elemen konsert telah diberi nafas baharu, bermula daripada reka bentuk pentas, pencahayaan, kostum, hinggalah susunan muzik. Setiap perincian dipersiapkan dengan penuh kasih, demi mencipta malam yang tidak akan dilupakan.

Lagu-lagu yang menjadi nadi dalam hidup ramai seperti 话 (Fairy Tale), 第一次 (First Time) dan 掌心 (Palm) akan kembali berkumandang. Namun kali ini, mungkin dalam susunan yang berbeza Lebih matang, lebih megah. Mungkin juga, Michael akan hadir dengan kejutan, mungkin kolaborasi yang tak diduga atau medley kenangan yang menyayat jiwa.

Peminat boleh mendapatkan tiket bermula 21 April 2025, jam 12 tengah hari menerusi laman rasmi: https://my.bookmyshow.com/e/lonely30

Dengan hanya RM199, anda bukan sekadar membeli tiket tetapi anda sedang mengunci tempat untuk menyaksikan satu momen bersejarah yang akan dikenang sepanjang hayat.

Konsert ini merupakan penutup kepada trilogi Lonely Planet, namun dalam masa yang sama ia membuka lembaran baharu dalam legasi seni Michael Wong. Ia dijangka menjadi konsert luar terbesar di Malaysia tahun ini dan mungkin, akan terpahat sebagai antara peristiwa paling penting dalam sejarah Mandopop tempatan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page