September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

“Merah Hitam” Kuasakan Jentera Def Gab C dan Kristal X

2 min read
Spread the love

Oleh:  RafidahWhite Ab Samah

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67, kumpulan Def Gab C akan beraksi sepentas bersama Kristal X di dalam persembahan berprestij Merah Hitam @ Zepp KL pada 31 Ogos 2024 (Sabtu).

Mereka akan menyampaikan hampir 20 buah lagu malar segar seperti Merah, Cinta Sakti, Seragam Hitam, Resam Pak Belalang atau Slow Tunes Ampunkan Aku, Memburu Impian dan lain-lain yang pernah menjadi halwa telinga para peminat seni tanahair.

“Ini adalah penampilan sulung kami selapas hampir 4 tahun, dimana sebelum ini saya lebih aktif menyanyi secara solo, lanya saat yang sangat saya tunggukan kerana “vibe” membuat persembahan bersama ahli band adalah puncak kepuasan saya di atas pentas dan juga memberi energi yang berbeza kepada peminat. lanya juga ibarat reunite kembali Def Gab C dan selepas ini kami terus merancang untuk mengadakan tour ke seluruh negara”, Ujar Asheed.

Selain Asheed, Def Gab C turut dianggotai Oleh Jemboo (Gitar), Ahtonk (Drum) dan Epyn (Bass)

“Kristal X sangat teruja untuk beraksi di dalam konsert ini dan ini juga merupakan peluang kepada peminat setia kami untuk merasai kepuasan tersendiri memandangkan ianya diadakan secara sistemetik di satu lokasi yang saya rasakan sangat sempuma dari segi penataan bunyi dan visual iaitu di Zepp KL. Saya dan anggota Kristal X yang lain  Ainul (Drum), Napie Gitar) Amai (Bass) dan Ayop (Keyboard) sangat bersemorak untuk all out rockin bersama para peminat semua”. ujar Lan yang juga dikenali sebagai LanSolo.

Untuk makluman, Merah Hitam adalah perkataan yang diambil dari adaptasi kedua-dua lagu hits kumpulan tersebut laitu “Merah” dari Def Galib C dan Hitam yang merujuk kepada lagu “Seragam Hitam dari Kristal X.

“Merah Hitam” bukan sekadar tema untuk konsert tersebut, malah ianya adalah lambang artistik yang memukau, termasuk elemen patriotisme sempena sambutan kemerdekaan negara. Dengan penekanan yang teliti pada peralatan muzik terkini dan tenaga teknikal yang profesional.

Menurut pengarah persembahan, Amad, konsert ini diadun dengan pelbagai suntikan artistik tersendiri, baik dari segi tema, manifesto dan paling utama di malam persembahan akan adanya beberapa elemen yang agak menarik.

“Meraikan Merdeka pada konsert tersebut, pastinya akan ada beberapa elemen patriotism yang disampaikan dengan cara kami sendiri nanti dan kami akan pastikan ianya bakal menjadi kenangan halwa telinga. kepuasan jiwa dan visual”, ujar Amad selaku pengarah persembahan.  

                 

Konsert ini juga merupakan satu permulaan bagi syarikat ruang acara Shoreline Space di bawah Pengarah Urusan Shahrunnizam Jamel yang bertempat di Sri Rampai melibatkan diri dalam sirkit persembahan langsung secara professional.                         

Maklumat lanjut tiket sila layari my ticket.asia


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page