November 23, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

“Memori Berkasih 25 Tahun Siti Nordiana” Singkap Pelbagai Kisah Suka Duka

Spread the love

Foto Kredit:  Icon Entertainment

Siti Nordiana akhirnya melakar sebuah lagi sejarah peribadinya menerusi sebuah konsert solo yang tampak eksklusif sekaligus ‘merayakan’ 25 tahun perjalanan beliau dalam industri seni.  Ianya disingkap dalam konsert Memori Berkasih 25 Tahun Siti Nordiana yang telah berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 11 Mei lalu.

Konsert ini juga merupakan impian yang telah lama diimpikan oleh pemilik nama Siti Nordiana Alias atau lebih dikenali dengan Nana.  Persembahan Nana dalam konsert yang berdurasi lebih dua jam itu menyaksikan kehadiran ribuan peminat, sokongan daripada Siti Nordiana FC sekaligus mencipta fenomena dan aura buat dirinya.

Tepat jam 8.25 malam, tirai konsert Memori Berkasih 25 Tahun Siti Nordiana  disingkap dengan lagu Amaran yang nyata membawa khalayak mengembara bersama.  Tanpa ucap selamat, Nana kemudiannya mempersembahkan Tak Upaya Menangis Lagi / Seribu Setia secara medley.

“Alhamdulillah akhirnya tercapai juga cita-cita saya nak buat konsert selepas 25 tahun dalam industri. Konsert ini tak lain tak bukan adalah untuk anda semua. Yang hadir malam ini terima kasih. Terima kasih datang dari jauh dan terima kasih terima saya seadanya”, ujar Nana.

“Sepanjang karier saya banyak memori pahit yang saya lalui, dan konsert ini akan terus berada dalam lipatan memori berkasih saya.

“Terima kasih terima segala kekurangan saya dan ada masa jatuh bangun saya, insya Allah saya terus berkarya kerana sokongan anda semua,” katanya.

Beliau kemudiannya mempersembahkan Pelukanmu dan memgamit nostalgia menerusi lagu Cinta Hanya Sandaran, Bukan Mengungkit Tapi Mebangkit dan Kasihmu Seakan Berubah.  Zepp berubah menjadi sebuah pusat karaoke apabila papa LED turut memaparkan lirik lagu yang berkumandang.

Nana yang turut menggelarkan dirinya ‘mader’ kini tampil dengan busana bergemelapan sekaligus membangkitkan suasana panas pantas membawa penonton dengan seleksi lagu-lagu yang menjadi wadah pendengar sekarang, antaranya ialah Arah Cinta, Nisan Cinta dan Angkara.

Penonton kemudiannya di bawa melungsuri ‘video’ yang merakamkan segala kejayaan, jatuh bangun Nana selama 25 tahun bergelar anak seni.  Kejayaan tidak hadir dengan sendirinya tanpa sokongan Siti Nordiana FC yang turut di paparkan di dalam video berkenaan.

Nana kemudiannya tampil dengan lagu Benang Emas, Zapin Pak Ngah Balik, Bakawali dan Joget Pilihan Jiwa menerusi segmen lagu-lagu irama Malaysia yang turut melakar beberapa kejayaan buatnya.

konsert terbabit turut menampilkan segmen duet Nana bersama Allahyarham Achik Spin yang sebelum ini menjadi gandingan hebat satu ketika dahulu dan pastinya di nanti para penonton.

Justeru bagi mengembalikan nostalgia lagu Memori Berkasih yang dilancarkan pada 2001, Nana memilih untuk berduet dengan rakaman asal lagu itu sendiri. Sementara bagi lagu Resipi Berkasih dan Gurauan Berkasih, Nana meminta peminat yang hadir untuk menjadi penyanyi jemputan serta rakan duetnya dalam segmen penghargaan buat arwah.

Konsert pastinya tidak akan lengkap tanpa adanya Mainan Cinta dan Paling Comel.  Senyuman di semarakkan dengan nyanyian bersama peminat yang tampak gembira apabila Nana menyampaikan lagu tersebut.

Meskipun meraih pelbagai kejyaan, Siti Nordiana berulang kali menyatakan penghargaannya, malah turut menyifatkan peminat, rakan media, pemuzik dan semua yang menyokongnya adalah tulang belakang yang membuatkannya mampu berdiri seteguh hari ini.

Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun merupakan anjuran Icon Entertainment turut menampilkan Johan Shamsudin (Pengarah Muzik), Eddie Slam, Ujang Exists, Wan Gigi, Kabung, Rizal, Paang Zaman, Yuaz dan Eja yang bertindak sebagai backing vocal.

Turut hadir memberikan sokongan adalah rakan artis seperti Datuk Syafinaz Selamat dan Nubhan.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page