September 7, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Megatix Janjikan Momen Berharga Konsert Berita Gempa Sweet Charity

4 min read
Spread the love

Konsert Sweet Charity, legenda rock dari Singapura yang bakal berlangsung di Arena MBJB, Larkin, Johor Bahru pada 29 Julai ini menjanjikan kepuasan kepada para peminatnya selepas sekian lama menantikan ‘comeback’ mereka.

Kumpulan tersebut yang pernah popular dan malar segar sehingga ke hari ini dengan lagu-lagu antaranya Kamelia, Teratai, Sejuta Wajah dan Hilang Gelap Terbitlah Terang bakal menghilangkan rindu peminatnya.

Momen bersejarah yang dinamakan Konsert Berita Gempa itu merupakan jelajah seni terbaharu mereka ke beberapa bandar di negara ini.

Untuk rekod, Berita Gempa adalah tajuk album terakhir Sweet Charity pada 1985 bersama vokalis asalnya, Datuk Ramli Sarip. Anggotanya iaitu Ramli, Rahman Sarbani, Rosli Mohalim serta Ahmad Jaafar (AJ) akan bergabung dan sekali lagi memberi persembahan unik dan menggegarkan buat industri muzik tanah air. 

Menurut penganjur konsert tersebut, Megatix Malaysia, para peminat akan dapat menyaksikan persembahan hebat daripada legenda ini yang kekal antara yang paling berpengaruh dalam persada muzik rock. 

Pengarah Urusan Megatix Malaysia, Ridzuan Mohammad dalam satu kenyataan berkenaan konsert itu baru-baru ini berkata, persiapan akhir kini giat dijalankan bagi memastikan persembahan tersebut memuaskan dan meninggalkan kesan.

Malah katanya, konsert Sweet Charity itu menjanjikan kualiti dan mutu bunyi yang setara dengan kumpulan rock antarabangsa.

“Saya difahamkan oleh ‘team’ saya, ‘backline’ dan ‘equipment system’ sudah setara dengan ‘backline’ nama nama besar seperti Iron Maiden. Saya membenarkan perbelanjaan dilakukan (kos tinggi dikeluarkan) asalkan mereka ini boleh memberikan persembahan terbaik. 

“Untuk menjayakan (konsert ini) dengan kualiti (sistem sound) yang tinggi, artis terbaik sekalipun akan perlukan kelengkapan yang berkualiti dan boleh ‘deliver’ kepada penonton dengan perasaan yang saya boleh katakan ‘soul touching’. 

“Kami bekerja sepenuhnya dengan ‘mind works’, salah satu ‘contructor staging’ ternama dan kami juga ingin ‘highlight’ di sini di mana syarikat (kami adalah) yang sangat profesional dan pada masa, saya boleh dikatakan (standard kami) mencapai tahap piawaian antarabangsa selain sangat mudah dan profesional apabila berurusan,” katanya.

Katanya, untuk konsert di Johor Bahru, pihaknya bertuah kerana mendapat sokongan kerajaan negeri Johor termasuk agensi kerajaan lain. Beliau memberitahu, Konsert Berita Gempa di Johor Bahru itu mendapat kerjasama padu terutama Tourism Johor. 

“I have to give credit to tuan Haji Suhairi Hashim selaku Pengarah Tourism Johor dan puan Nora di mana telah memberi nasihat dan pandangan untuk menjayakan projek ini, memandangkan kami tidak mahir dengan selok belok Malaysia dan kami bersyukur dapat bersama sama dengan agensi yang juga mengangkat Sweet Charity sebagai legenda rock tanah air,” ujarnya.

Ditanya mengapa pihaknya memilih Sweet Charity, Ridzuan berkata, semuanya bermula apabila mendapat tahu Sweet Charity kembali semula.

“Saya selaku pemilik Megatix Malaysia apabila dikhabarkan berita tentang Sweet Charity kembali dan (ditanya) sama ada berminat untuk menganjurkan konsert mereka, saya sudah tentu bersetuju walaupun mendapat tentangan hebat daripada kawan-kawan perniagaan di Malaysia. 

“Saya mempunyai sebab sendiri. Saya ‘carry spirit Megatix’ di mana kita harus ‘respect’ pada hasil karya artis dan artis itu sendiri. 

“Juga ingin saya kongsikan, saya sudah lebih 23 menetap di luar negara dan tidak ada sumber hiburan atau pun rancangan yang dinikmati rakyat malaysia, apa yg menemani saya ketika di perantauan adalah lagu-lagu ‘evergreen’ Malaysia,” ujarnya.

“Banyak lagu-lagu beliau yang ada mesej-mesej bermanfaat. Sweet Charity bukan kumpulan biada-biasa, lagunya diselitkan dengan banyak mesej berkenaan liku-liku kehidupan, kemsyarakatan dan juga peringatan,” katanya. 

Katanya lagi, mesej dalam lagu Sweet Charity sangat mendalam dan bagi mereka yang melalui pengalaman atau terkait kisah diceritakan dalam lagu terbabit, pasti akan merasai serta menjiwainya.

“Sebab itulah mereka yang memahami apa yang saya katakan ini, adalah peminat yang menghayati perjalanan kumpulan ini. Banyak orang cuba mempengaruhi saya sebab Sweet Charity band orang lama la, ‘season’ la itu dan ini akan tetapi saya juga seorang yang boleh menilai, lihat sahaja pada ‘performance’ Datuk (Ramli) sendiri, ‘he is very fit for his age and he is the most highly discipline artist’. “Saya pasti apabila dia ‘decide’ untuk membawa Sweet Charity kembali, Datuk lebih memahami kekuatan band beliau. Kita kena ingat, ‘Sweet Charity is based on’ silaturrahim dan kekuatan mereka adalah mereka cintakan berkarya, wang bukan soal utama,” jelasnya.

Berkenaan Megatix Malaysia, beliau menjelaskan, syarikat menjual tiket itu berasal dari Australia serta diasaskan dua artis ternama dan sebelum 2014 mereka aktif dalam siri tour mereka.

“Pemilik Megatix juga adalah penal artis dan juga ahli dari ‘live nation’ dan ‘ministry of sounds’. Awal penubuhan Megatix adalah untuk menyelesaikan masalah di mana yang paling umum adalah sokongan tiket dan juga pembayaran ‘event’ kepada artis,” tambahnya. 

Megatix katanya, sejak dari awal menjaga kebajikan artis dalam menjayakan konsert atau pun apa apa program dan majlis di Australia.  Selepas penubuhan ujarnya, Megatix mengorak langkah dengan melebarkan sayapnya ke New Zealand, Indonesia, Thailand dan Malaysia. 

Kata Ridzuan, Megatix amat menitik berat tentang penjenamaan dan kemajuan sistem serta teknologi yang digunakan selain akan sentiasa menaik taraf system yang digunakan supaya setara dengan perkembangan terkini termasuk dengan syarikat menjual tiket atas talian lain.

Beliau mendakwa, selain Malaysia penerimaan kewujudan Megatix di Indonesia dan Thailand amat memberangsangkan serta luar biasa.

“Di bawah Megatix Malaysia kami akan melancarkan ‘expansion’ ke negara lain seperti Singapura, Brunei, Vietnam dan beberapa lagi negara rakan strategik. Contohnya di Brunei, kita sudah dalam perbincangan dan dalam fasa terakhir sebelum pelancaran,” katanya.

Beliau berkata, Megatix Malaysia berharap dapat membantu artis dan penganjur konsert dengan sistem penjualan tiket diperkenalkan mereka.

“Transaksi sahaja kami caj pada kadar 6.6 peratus campur RM2 ‘booking fee’. Semua ‘tools’ untuk menjayakan ‘event’ diberikan percuma dan model ini diguna pakai oleh semua pengguna di negara yang kita buka (cawangan). 

“‘Megatix is free and will be free for Malaysian’. Kami faham di awal penubuhan di Malaysia, kami tidak mengharapkan kami diterima seterusnya akan tetapi, kami ada kekuatan terutamanya sistem ‘platform ticket’.  “Saya akui kami masih baru di Malaysia. Mana-mana syarikat pun akan ada isu ‘with adjusting with local market’. Konsert Sweet Charity banyak membuka mata kami di Malaysia dan kami faham tidak semua negara mempunya strategi yang sama. Oeh itu kami akan berusaha memastikan kualiti sistem kita dalam program atau penganjuran yang akan mendatang,” ujarnya.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page