February 5, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Meet & Greet Bersama Duta Jakel Bersempena Kempen Raya Mendonia Jakel 2025

Spread the love

Ratusan Pelanggan Penuhi Bangunan Jakel Shah Alam Seawal Jam 9 Pagi

Kehadiran ratusan pengunjung yang ingin bertemu dengan selebriti kesayangan mereka seperti  Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad sekeluarga, Cik Epal, Elly Mazlein, kumpulan Senariounion serta ikon animasi popular, Upin & Ipin di bangunan Jakel Shah Alam pada 1 Februari lalu adalah bersempena acara Meet & Greet Jakel 2025.

Acara tersebut turut menyaksikan kehadiran tiktoker terkenal, Sallywho, yang disambut meriah oleh peminat media sosialnya.

Pengarah Urusan Jakel Trading Sdn. Bhd., Datuk Wira Mohamed Izani Mohamed Jakel, menyifatkan sambutan luar biasa ini sebagai bukti sokongan padu pelanggan terhadap jenama Jakel.

“Kami amat berbesar hati melihat keterujaan pengunjung yang hadir. Acara ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara Jakel dan pelanggan setia, tetapi juga memberi peluang kepada mereka untuk merasai sendiri kemeriahan kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025,” katanya.

“Acara ini di adakan adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan pelanggan dengan Jakel pada masa sama membuka peluang orang ramai melihat produk terkini ditawarkan sempena Raya Aidilfitri tahun ini. Para pengunjung bukan sahaja boleh bertemu, malah mereka boleh bergambar dengan barisan duta yang hadir,” katanya.

Tambah Mohamed Izani, di samping itu, Jakel turut mengadakan kuiz interaktif yang bakal menawarkan hadiah menarik kepada para pengunjung.

“Demi menghargai pelanggan setia kami, pengunjung yang hadir pada acara ini juga berpeluang mendapatkan kupon bagi pembelian baju raya untuk potongan harga.

“Mereka yang hadir berpeluang untuk mendapatan koleksi raya terbaharu Jakel dengan menampilkan warna dan trend terkini meliputi semua peringkat umur,” ujarnya.

Jelasnya, pengunjung juga tidak bimbang berhubung soal keselesaan kerana Jakel menyediakan kemudahan parkir yang luas dan percuma.

Selain itu, Jakel turut menawarkan Baju Melayu Madani berharga RM99 sepasang termasuk sehelai samping percuma bernilai RM49


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page