September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

MAX Rempuhan ‘Max’sima

2 min read
Spread the love

Artikel di tulis oleh:  Nizam Kazzam

Inilah Anugerah dari MAX, tiada apa yang boleh diungkapkan lagi selain…PADU! Album yang diterbitkan oleh Rockstage Entertainment telah diedarkan di pasaran dalam bentuk digipack pada 15 Julai lalu.

Album Anugerah dikategori Rock namun masih mengandungi teras muzik hard rock, rock n roll, heavy metal, ballard dan slow rock. Album dengan 12 lagu ini sebenarnya menurut Oney selaku pemain gitar MAX, album Anugerah ini pada mulanya memuatkan 10 lagu sahaja namun kemudian ditambah dua lagu yang cukup istimewa iaitu lagu cover dari Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

dan juga sebuah lagu ciptaan Lantaroo berjudul Amani yang diciptakan untuk anak beliau yang menghidap SMA (Spinal Muscular Atrophy).

Album Anugerah merupakan hasil kerja kesemua anggota MAX, kesemua lagu dalam album ini dirakam terus oleh anggota MAX malah album ini , manakala Oney bertindak sebagai Penerbit dan MAX selaku Pembantu Penerbit yang dirakamkan di Studio De’Akasia MAX Studio.

Talib Othman selaku Pengarah Rockstage Entertainment, “Salute kepada MAX kerana mereka lebih independen, kesemua mereka hasilkan sendiri. Dari segi penciptaan lagu, penghasilan lirik hinggalah cover album Anugerah pun mereka hasilkan sendiri.”

 “Alhamdulilah, sambutan peminat terhadap album Anugerah dan MAX terus berpanjangan dan kami akan terus mengadakan rangka promosi album MAX ke destinasi seterusnya,” ujar Talib Othman ketika ditemui di Royale Fiesta Pahang, Mydin Mall Jengka pada 29 Julai lalu.

Tidak perlu mendabik dada dengan ‘jenama’ terdahulu Max yang dibarisi oleh AG selaku vokalis, Lantaroo – gitaris, Oney – gitaris, Deen –bassis dan Man –drummer  kini mampu berlapang dada apabila karya sulung mereka yang berjudul ‘Anugerah’ mula menjadi buruan peminat muzik rock yang dahagakan album penuh yang boleh didapati dalam bentuk CD.

MAX berharap penggemar muzik rock terus memberikan sokongan terhadap mereka untuk terus berkarya lagi pada masa akan datang. Walaupun mereka telah lama dalam industri tapi mereka datang dengan nama baru dengan band baru, satu permulaan baru dengan konsep mereka sendiri.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page