‘Martabat’ Band Indie Tempatan Dijulang Atas Angin MY
Bakal Berlangsung Selama 15 Jam Tanpa Henti
Setelah menjayakan 2 festival selama 2 tahun berturut turut, juga mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pengunjung. Atas Angin Festival 2024 bakal menggegarkan Rooftop @7. MyTown Cheras sekali lagi pada 3 Ogos ini dengan lebih besar dan berbeza dari tahun yang lalu.
Kemunculan semula festival kali ini akan menjadi lebih luar biasa dimana Atas Angin MY akan membawa 101 barisan artis tempatan dan 5 pentas yang akan menampilkan persembahan yang hebat, di hari yang sama. Selain daripada melakar sejarah peribadi, Atas Angin MY juga mengimpikan untuk menjadi penganjur yang melakukan festival indie terbesar di Asia Tenggara.
Lebih menarik, kumpulan Alleycats turut di jemput oleh penganjur. Dimana ianya disifatkan sebagai ‘penghormatan’ generasi masakini kepada artis-artis legenda.
Menurut Pengarah Projek Atas Angin, Arif Imran atau Bam, pemilihan Alleycats yang cukup terkenal dengan hit seperti Andainya Aku Pergi Dulu dan Hingga Akhir Nanti adalah usaha untuk menarik peminat dalam golongan lebih berusia untuk sama-sama hadir menyaksikan Atas Angin Festival.
“Sebenarnya kami tidak ada kriteria spesifik mengenai pembabitan band dalam festival ini. Alleycats adalah legenda dan kami berharap dapat menarik peminat dalam kalangan yang berusia.
“Dan bapa saya peminat Alleycats,” ujar Bam berseloroh sewaktu sidang akhbar Atas Angin Festival 2024 di MyTown Cheras pada 2 Julai lalu.
Malah berbanding empat pentas pada tahun lalu, Atas Angin Festival 2024 menambah satu lagi panggung yang dikenali sebagai Rising.
“Di sini kami memberi peluang kepada semua pemuzik lokal sama ada baharu atau lama untuk beraksi. Macam pentas Rising kita beri peluang kepada band yang bermain di gig kecil bermain dengan band-band besar di empat pentas lain.
“Apa yang penting Atas Angin Festival boleh membuatkan semua penonton gembira. Datang dan terokai muzik baharu yang mungkin tidak anda dapati dalam festival lain di Atas Angin Festival 2024,” ujarnya.
Festival ini akan dibahagikan pada beberapa kategori persembahan seperti artis berkumpulan, artis solo dan juga DJ. Antara barisan artis adalah Bittersweet. Alleycats, Hyper Act., Amir Jahari, Aizat Amdan, Estranged, lamNEETA, Iqbal M., Jemput Dengar, Kyoto Protocol dan ramai lagi.
“Alhamdulillah, terima kasih kepada penganjur kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama dengan barisan artis ‘indie’ untuk beraksi di pentas Atas Angin Festival”, ujar Aizat Amdan
“Saya berasa cukup terharu dan teruja kerana turut di pilih oleh Atas Angin MY, saya akan berikan yang terbaik ketika festival itu nanti”, tambahnya
Atas Angin Festival ini akan berlangsung selama 15 jam tanpa henti yang akan bermula pada pukul 9 pagi sehingga acara tamat. Selain itu, Atas Angin Festival kali ini bertujuan untuk mengangkat nama dan bakat artis-artis tempatan di Malaysia.
Jualan tiket kini berada di fasa ketiga dan kepada yang masih belum mendapatkan tiket boleh dapatkan di laman sesawang www.atasangin.com dengan harga serendah RM 159 bagi tiket solo (1x), RM 300 bagi tiket duo (2x), dan RM 556 bagi tiket group (4x),