September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Malaysia ESport League 2023 (MEL23) Kini Kembali

2 min read
Spread the love

Esports Integrated (ESI) adalah sebuah inisiatif di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang bertujuan untuk memangkin ekosistem sukan elektronik yang rancak, inklusif dan mampan di Malaysia. ESI akan menganjurkan Liga Esukan Malaysia atau Malaysia Esports League 2023 (MEL23) buat tahun ketiga kali ini.

Liga Esukan Malaysia merupakan salah satu program utama dalam Pelan Strategik Pembangunan Sukan Elektronik KBS 2020-2025 yang menyediakan platform persaingan inklusif untuk bakat-bakat sukan elektronik tempatan. Penganjuran MEL23 adalah sebahagian daripada sirkit kejohanan yang bermula dari peringkat akar umbi iaitu Liga-Liga Negeri dan Peringkat Kebangsaan ke peringkat profesional tempatan iaitu Kejohanan Sukan Elektronik Malaysia (Malaysia Esports Championship

atau MEC) dan seterusnya ke pertandingan peringkat profesional anjuran Penerbit Permainan seperti Mobile Legends: Pro League Malaysia dan PUBG Mobile National Championship Malaysia.

MEL23 terbahagi kepada dua siri iaitu Liga-Liga Negeri, Peringkat Kebangsaan dan Siri Terbuka akan mempertandingkan tujuh judul permainan iaitu Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), Player Unknown’s Battleground Mobile (PUBGM), eFootball Mobile dan Valorant untuk Liga- Liga Negeri dan Peringkat Kebangsaan. Manakala Dota 2, eFootball

Console dan Tekken 7 akan dipertandingkan untuk Siri Terbuka dengan jumlah hadiah kemenangan terkumpul bernilai RM393,700.00.

Pendaftaran MEL23 Peringkat Negeri dan Kebangsaan sudah pun dibuka sehingga 23 Ogos 2023. Pendaftaran boleh dibuat melalui platform rasmi esukan.gg di pautan https://www.esukan.gg/mel23. MEL23 Liga-Liga Negeri akan berlangsung bermula 28 Ogos hingga 5 November, manakala MEL23 Peringkat Kebangsaan akan berlangsung dari 16 Oktober hingga 1 Oktober. Manakala untuk Siri Terbuka, pendaftaran akan dibuka pada 1 Oktober sehingga 26 Oktober.

MEL23 anjuran ESI bersama 16 Persatuan Sukan Elektronik Negeri dan Wilayah Persekutuan serta disokong oleh Goodday (Rakan Minuman Rasmi), Rakita 107.9 (Rakan Media), dan Rakan Muda (Rakan Pelaksana).  Sebarang pertanyaan mengenai MEL23 boleh hubungi Encik Junaidy Al- Johary bin Jamil, Penolong Naib Presiden, Program & Acara Esports Integrated di talian 012-927 3497, emel [email protected] atau layari laman sesawang www.impactintegrated.my


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page