December 13, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Makan Bijak Bersama Ayam Brand™ 2025: 6,300 Murid Disuntik Ilmu Pemakanan & Kreativiti Seni

Spread the love

Gabungan Nutrisi Dan Imaginasi Bentuk Generasi Muda Lebih Cerdas, Ceria Dan Yakin

Lebih 6,300 murid sekolah rendah dari 30 sekolah sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tampil menunjukkan kreativiti serta semangat gaya hidup sihat menerusi program Makan Bijak Bersama Ayam Brand™ 2025, sebuah inisiatif pendidikan pemakanan yang turut mengangkat seni sebagai medium ekspresi generasi muda.

Program anjuran Ayam Brand™ dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri itu memfokuskan pembentukan tabiat makan sihat dalam kalangan murid, selain memberi ruang kepada mereka menghasilkan karya seni kreatif yang menjadi simbol kefahaman terhadap gaya hidup sihat.

Menurut Ketua Pemasaran A Clouet (Malaysia) Sdn Bhd (Ayam Brand™), Teoh Wei Ling, pemakanan yang seimbang bersama rangsangan kreativiti mampu membantu kanak-kanak berkembang lebih holistik.

“Apabila makanan berkhasiat dipadukan dengan seni, ia bukan sahaja memberi tenaga kepada kanak-kanak, malah membantu mereka mengekspresikan diri dengan lebih yakin dan kreatif,” katanya.

Program yang berlangsung dari Jun hingga November 2025 itu merangkumi tiga komponen utama iaitu Sesi Ceramah Pemakanan yang telah dilaksanakan antara Julai hingga September 2025, sesi ini mendidik murid mengenai Pinggan Sihat Malaysia, konsep #SukuSukuSeparuh, gaya hidup aktif dan bekal sihat.

Ayam Brand™ turut mengagihkan pek hadiah termasuk Santan Kelapa dan Ayam Carik Mayones, bagi menggalakkan amalan memasak sihat bersama keluarga.

Pertandingan Seni Individu pula telah berlangsung dari Jun hingga Oktober, pertandingan ini menerima 150 penyertaan bertemakan “Gaya Hidup Sihat dan Ceria bersama Ayam Brand™”.
Pemenang tempat pertama, Nur Zara Afina binti Zamzairil dari SK Desa Tun Hussein Onn berjaya membawa pulang RM2,000, diikuti Siti Nur Shakirah (RM1,500) dan Nur Qisya Adelia (RM1,000).

Manakala Pertandingan Mural Antara Sekolah adalah merupakan acara kemuncak ia berjaya mengubah dinding sekolah kepada kanvas penuh warna yang mempromosi gaya hidup sihat.
Sebanyak 30 pasukan menghasilkan mural yang menonjolkan mesej kesihatan, kerja berpasukan dan kreativiti.

SK Desa Tun Hussein Onn dinobatkan juara dan membawa pulang RM4,000 serta trofi, diikuti SK (1) Selayang Baru (RM3,000) dan SK Dusun Tua (RM2,000).

“Makanan sihat buat saya lebih bertenaga untuk melukis. Kami mahu semua warga sekolah rasa gembira bila melihat mural kami.” Alya Hani, 11 tahun dari SK Taman Seri Gombak 2 yang juga merupakan salah seorang peserta.

Majlis penyampaian hadiah berlangsung dari 24 hingga 26 November 2025 di sekolah pemenang dan turut disertai wakil Jabatan Pendidikan Negeri.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Encik Muslim bin Mustafa, menyifatkan program ini sebagai contoh pembelajaran berasaskan pengalaman yang sangat berkesan.

“Inisiatif ini menyatukan seni, nutrisi dan nilai murni. Ia memberi ruang kepada murid untuk membina keyakinan melalui ekspresi kreatif,” katanya.

Program ini bukan hanya tentang hadiah atau persaingan, sebaliknya menyemai kefahaman mendalam mengenai kepentingan nutrisi dan kreativiti dalam pembentukan generasi muda yang sihat tubuh dan minda.

Ayam Brand™, jenama warisan sejak 1892 dan antara 10 jenama FMCG paling digemari di Malaysia (Kantar Brand Footprint Study 2024), kekal komited memperkasa komuniti melalui pendidikan dan pemakanan sihat.

Dengan penyertaan merangkumi 30 sekolah, 6,300 murid, tiga komponen utama dan hadiah keseluruhan RM15,600, program ini terus membuktikan bahawa pemakanan baik dan seni kreatif adalah kombinasi terbaik membina masa depan lebih ceria dan berdaya saing.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page