September 8, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

M.A.X Mula ‘Menjajah’

2 min read
Spread the love

Meskipun terpalit pelbagai kontroversi, Max terus gah berdiri mencari haluan sendiri atas semangat jatidiri yang tinggi mereka tidak lagi menoleh ke belakang malah terus melangkah dengan laju demi mencipta revolusi sendiri.

Tidak perlu mendabik dada dengan ‘jenama’ terdahulu Max yang dibarisi oleh AG selaku vokalis, Lantaroo – gitaris, Oney – gitaris, Deen –bassis dan Man –drummer  kini mampu berlapang dada apabila karya sulung mereka yang berjudul ‘Anugerah’ mula menjadi buruan peminat muzik rock yang dahagakan album penuh yang boleh didapati dalam bentuk CD.

Kumpulan MAX

‘Anugerah’ yang mengandungi 12 buah lagu masih lagi berpaksikan muzik rock namun acuan heavy dan balada masih lagi menjadi teras sebagai ‘hubungan’ peminat dan pemuzik.  Album yang telah diriliskan oleh Rockstage Entertainment nyata menjadi igauan, bukan sahaja rempah ratus yang di adunkan tetapi semangat dan jiwa rock itu masih menebal dalam diri Max.

“Mempadu bak kata Man, sewaktu beliau mula-mula bertemu dengan saya demi merialisasikan impiannya untuk meriliskan album ini, setelah berulangkali saya mendengar ternyata ianya adalah karya berbeza dan lari daripada konsep album ‘jenama’ terdahulu”, ujar Talib Othman sewaktu ditemui pada Hari Rock Negara yang telah berlangsung di Malakat Mall baru-baru ini.

“Album ini punya kekuatannya yang tersendiri, sukar untuk saya nyatakan.  Anda kena dengar dan hayati setiap bait lirik yang dilontarkan selain sistem audio yang pada saya cukup rempah ratusnya”, tambahnya lagi.

Langkah awal demi menjenamakan Max, Talib Othman selaku Pengarah di Rockstage Entertainment telah bekerjasama dengan Max dalam merangka agenda promosi.  Justeru itu mereka telah memilih Mydin Mall Jengka sebagai lokasi pertama pengenalan Max kepada peminat. 

Royale Fiesta Pahang akan berlangsung di Mydin Mall Jengka pada 28 dan 29 Julai ini turut menyaksikan siri ‘meet and greet’ bersama peminat dan persembahan eksklusif Max dan Inhuman. 

Untuk info kumpulan InHuman yang ditubuhkan pada tahun 1991 lebih menjerumus kepada muzik kumpulan idola mereka seperti Slayer, Sepultura, Metallica, Kreator, Sodom, Death, Cancer dan Pantera. Pernah merakamkan album berjudul ‘Bara Besi’ yang telah diriliskan oleh Rockstage Entertainment.

Inhuman


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page