February 25, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

LOUD BLAST FEST 2025: Ledakan Bunyi, Cahaya, dan Amarah di Panggung Asia

Spread the love

Kredit Foto:  Rockstage Entertainment

Kegelapan menyelimuti Panggung Asia sebelum tiba-tiba disambar cahaya merah menyala—satu ledakan visual yang menandakan permulaan LOUD BLAST FEST 2025 yang berlangsung pada 8 Februari lalu.  Bunyi distortion gitar mula bergaung, disusuli dentuman dram yang memecah keheningan. Penonton yang sudah bersiap sedia di barisan hadapan menjerit dalam keterujaan, bersedia untuk tenggelam dalam badai muzik yang akan membakar malam itu.

MANIAC MONDAY membuka tirai dengan serangan riff yang menggila, seakan peluru yang menembusi setiap penjuru dewan.  Seiring dengan paluan dram yang menghentak dada. Peluh mula membasahi crowd yang merapat, kepala bergoncang, tangan di udara.

Seolah-olah membawa bayangan dari alam gelap, SACRED SULPHURIC mengambil alih dengan atmosfera yang lebih kelam. Asap memenuhi pentas, cahaya hijau berpendar samar, menambah rasa mistik yang menguasai ruang. Jeritan vokal yang penuh keperitan melayang di udara, menyelinap ke dalam jiwa setiap pendengar.

Tanpa amaran, SAPPRAH menyerbu pentas, menambahkan bara dalam nyala api festival. Gitar berdentum dengan nada berat yang menusuk, tidak perlu dipertikaikan kreativitas band yang berasala darpada Terengganu ini.

PREDEFINED  seakan tidak memberi ruang untuk penonton bernafas. Dengan riff teknikal yang tajam dan permainan dram yang seperti jentera perang, tenaga di dalam dewan meletup. Tangan mengepal, suara serak menjerit setiap bait lirik, melepaskan amarah yang terpendam seraya mendifinasikan muzik bawaan mereka sendiri.

Bunyi petikan bass yang dalam memperkenalkan INHUMAN, disusuli dengan gabungan brutaliti dan melodi yang menggegarkan lantai Panggung Asia. Biarpun masalah ‘biasa’ yang menghantui Panggung Asia.  Aircond yang mencengkam tubuh tidak lagi berfungsi, lebih dramatik sound vokal Fen seolah-olah tenggelam bersama kapal Van Der Wick.  Kreadibiliti, pengalaman yang luas memberi kelebihan buat mereka.

Usai 3 lagu dipergentayangan maka kelunakkan vokal Fen kembali menguasai dewan acara.  Inhuman tetap utuh bersama mitos thrash bay area yang menikam sukma setiap bala tentera metal yang menghampiri.

PERPETUAL kemudian menyambung dengan keagresifan yang tidak terbendung, setiap lagu mereka seperti memukul tubuh dan jiwa secara serentak.  Berpaksikan wirama grindcore, mereka kelihatan seolah-olah melepaskan segala yang terbuku di jiwa.  Dewan acara semakin membahang begitulah bahangnya api grindcore yang menjadi wadah perjuangan Perpetual. 

Warna muzik yang dicorakkan begitu dramatik dan penuh kreativiti.  Tidak hairanlah mengapa mereka menjadi ‘tarikan’ penganjur acara di luar negara untuk ‘melamar’ dan memecah gegendang telinga para grindcore di sana.

Ketika ANTACID mengambil pentas, perubahan tempo terasa—thrash bersatu dalam letupan adrenalin yang mentah. Lampu berkelip liar, seolah-olah menari dengan keganasan muzik. Agresifnya mereka di atas pentas sudah tidak perlu dipertikaikan.  Energi yang berpadu di antar mereka menambahkan lagi kemeriahan.  Seisi dewan pasrah, peluh mengalir laju membasahi lantai, namun itu sudah menjadi asam garam buat pendukung thrash metal asal Kajang ini.

 DR KRONIK kemudian menyambung dengan signature sound mereka, menghidupkan crowd yang tidak menunjukkan tanda-tanda keletihan.

Malam semakin larut, namun api dalam festival ini tidak padam. FARASU menaikkan semangat dengan riff yang tajam, diselubungi aura mistik budaya Nusantara yang kuat. Ia bukan sekadar muzik; ia adalah ritual bunyi yang membangkitkan sesuatu yang lebih dalam daripada sekadar hiburan.

‘Bonus’ buat Farasu apabila semua permasalahan Panggung Asia berjaya dirungkai.  Pentas Loud Blast Fest kembali pulih.  Peluang dan ruang ini diguna sebaik mungkin.  Energi optimum dipamerkan demi sebuah acara yang diimpikan sejak sekian lama.

Riff mereka berdenyut seperti mantra perang, membawa bayangan kebangkitan kuasa gelap Nusantara. Paluan dram seperti gendang perang kuno, menghidupkan roh yang lama terpendam dalam bayangan malam.

Kemunculan MELISSA BAND feat. ALIF BUMIROCK. Suara mereka menyatu dengan bunyi gitar yang menggigit, memberi dimensi klasik dalam malam yang penuh ledakan sonik.  Khalayak disajikan dengan elemen muzik rock 80an.  Meskipun nuansa rock yang mendominasi dewan acara, ianya sedikit pun tidak menganjakkan kaki para ‘metallers’ dan ‘punkers’ yang masih setia di hadapan.

Ketika SUB CULTURE mengambil alih, irama underground semakin mendominasi, seolah-olah membawa penonton menyelami terowong bunyi yang tidak berpenghujung.

Masih ada tenaga yang tersisa, dan SUB CULTURE tidak membiarkan ia sia-sia. Mereka datang membawa elemen underground yang segar, mencurah minyak ke dalam api festival ini. Lampu-lampu bergerak liar, seakan menari mengikut ritma berat yang dipancarkan dari pentas.

Dan akhirnya, tiba giliran BRAIN DEAD—legenda yang ditunggu-tunggu. Lampu menyala terang, crowd bersorak gila. Dentuman dram pertama sahaja sudah cukup untuk meruntuhkan segala keletihan yang ada. Setiap riff mereka membawa rasa nostalgia bercampur amarah yang masih membara sejak era keemasan muzik berat tempatan.

Mereka adalah tanda noktah kepada malam yang penuh kemarahan, keganasan, dan kemegahan muzik berat. Cahaya putih membanjiri pentas, menyorot wajah-wajah legenda ini yang kembali untuk menakluki malam. Petikan gitar sudah cukup untuk memecahkan segala keletihan, mencetuskan gelombang tenaga terakhir yang paling ganas. Penonton tidak peduli walaupun suara serak, tubuh lebam, atau nafas semakin pendek—ini saat yang mereka nanti!

Dari awal hingga ke penghujung, LOUD BLAST FEST 2025 bukan sekadar festival muzik. Ia adalah letusan tenaga, Rockstage Entertainment menjadikan sebuah peperangan sonik antara bunyi, cahaya, dan rasa amarah yang dilepaskan tanpa batas. Panggung Asia tidak akan pernah lupa malam ini—dan begitu juga setiap jiwa yang hadir, yang meninggalkan venue dengan peluh, lebam, dan senyuman puas di wajah.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page